Lebih 61,000 Warga Malaysia Lepaskan Kerakyatan, Ini Senarai Negara Yang Dipilih Untuk Berhijrah

Difahamkan, sejumlah 10,000 orang memohon melepaskan kerakyatan dalam tempoh setahun secara purata.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lebih 61,000 rakyat Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka sejak lima tahun lalu, dengan pemohon adalah majoritinya wanita

Menerusi laporan Harian Metro, perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias.

Ekonomi dan keluarga didapati menjadi faktor utama seramai 61,116 rakyat di negara ini telah melepaskan kewarganegaraan mereka dalam dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Daripada jumlah itu, wanita merekodkan permohonan tertinggi dengan seramai 35,356 orang berpindah dan menjadi warganegara lain sejak tempoh lima tahun yang lepas hingga 17 Disember lalu.

Menurutnya, kebanyakan pemohon dilihat mahu melepaskan kerakyatan negara ini untuk ke Singapura dengan 93.78 peratus direkod, yang memilih ke Australia pula 2.15 peratus, 0.97 peratus ke Brunei dan lain-lain negara 3.1 peratus.

"Contohnya Singapura, mereka bekerja di sana. Pada ketika itu, mudah untuk mereka mendapatkan kerakyatan di sana kerana faktor pekerjaan dan pendapatan," katanya.

Bagi faktor keluarga pula, ada situasi di mana pemohon mungkin berkahwin dengan orang luar, contohnya berkahwin dengan orang Kanada, jadi mereka berhijrah ke sana mengikut pasangan dan memilih untuk menjadi warganegara di sana.

SAYS.com

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias.

Image via Harian Metro

Pelucutan kewarganegaraan turut berlaku

Sementara itu, beliau turut memaklumkan terdapat juga keadaan lain di mana kes pelucutan kewarganegaraan ada berlaku atas pelbagai faktor.

"Mungkin orang kita yang mendapat kewarganegaraan negara asing di mana dia menggunakan keistimewaan negara asing itu kerana Malaysia tidak mengiktiraf dwi kerakyatan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Apabila seorang warganegara Malaysia menggunakan keistimewaan negara asing, contohnya dia mengundi di sana, maka dia dianggap mempunyai kewarganegaraan negara itu. Atas dasar itu, kewarganegaraannya perlu dilucutkan," katanya.

Walau bagaimanapun, katanya kes membabitkan pelucutan kewarganegaraan ini tidak banyak berlaku berbanding pelepasan.

"Kumpulan terbesar yang memohon melepaskan kewarganegaraan mereka adalah dalam kalangan usia 31 hingga 40 tahun iaitu 19,287 (31.6 peratus), diikuti berusia 21 hingga 30 tahun seramai 18,827 (30.8 peratus), 41 hingga 50 tahun seramai 14,126 (23.1 peratus) dan lebih 50 tahun seramai 8,876 (14.5 peratus)," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: