“Lain Macam Healing” – Budak Solat Tengah-Tengah Laut Siap Sujud Dalam Air Ini Jadi Bualan
Jangan sampai hilang dik.
Cover image via @chekam26 (TikTok)Pergi ke pantai sering menjadi pilihan ramai kerana suasananya yang tenang dan best
Ramai yang suka berpiknik dan bermandi-manda di tepi pantai bersama kawan-kawan dan keluarga. Dengar bunyi ombak dan lautan yang tenang memang merupakan tempat healing yang tepat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki solat di tengah lautan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Solat dekat tengah-tengah laut, siap sujud dalam air
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di tengah-tengah lautan yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak itu dilihat sedang menunaikan solat di tengah-tengah laut. Lebih mengejutkan lagi, budak itu sanggup sujud dalam air laut yang bergelora.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Sekurang-kurangnya dia ingat pesan mak dia, dekat mana pun kita berada, jangan lupa solat" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 827K tontonan, 47K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @chekam26 (TikTok)
Image via @chekam26 (TikTok)
Image via @chekam26 (TikTok)
Ni betul-betul healing ni, jangan sampai hilang tau dik! 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

