Kenali Zohran Mamdani, Datuk Bandar Baharu & Muslim Pertama Dipilih Dalam Sejarah Di New York

Beliau meraih lebih satu juta undi, peroleh 50 peratus undian jauh mengatasi pesaing terdekat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sky News & Full Suitcase
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zohran Mamdani lakar detik bersejarah apabila dipilih menjadi datuk bandar Muslim pertama bagi bandar New York dalam pilihan raya pada November 2025

Menerusi laporan Berita Harian, kemenangan bersejarah itu bakal menyaksikan beliau akan berdepan dengan lawan politiknya, Presiden Donald Trump.

Mamdani, 34, merupakan ahli dewan undangan negeri dari Queens, mencipta sejarah bukan sahaja sebagai datuk bandar Muslim pertama di bandar itu tetapi juga sebagai datuk bandar pertama berketurunan Asia Selatan dan datuk bandar termuda dalam tempoh lebih satu abad.

Di bawah adalah lima perkara yang anda perlu tahu tentang pemilihan datuk bandar baharu New York ini:

1. Peroleh kemenangan besar

Mamdani telah berjaya meraih lebih satu juta undi, memperoleh 50 peratus undian, jauh mengatasi pesaing terdekatnya, bekas gabenor negeri, Andrew Cuomo, 67, di samping mendapat hampir 42 peratus dalam kadar keluar mengundi tertinggi sejak 1969.

Kempen beliau yang melibatkan sekitar 100,000 sukarelawan berjaya memikat setiap sudut New York dan pelbagai lapisan masyarakat.

Mesej positif Mamdani tentang menjadikan bandar New York lebih baik untuk semua penduduknya menyentuh hati keluarga migran, golongan muda progresif serta pekerja kelas menengah dan bawahan.

SAYS.com
Image via MonocleImage via

2. Timbulkan rasa tercabar Trump

Kehadiran Mamdani menarik perhatian Trump selepas datuk bandar itu menyeru rakyat untuk "menolak fahaman fasis Trump."

Trump membalas dengan menggelarnya "Komunis kecil" dan mengancam untuk memotong dana persekutuan kepada bandar yang menjadi lambang kejayaannya itu sekiranya Mamdani dipilih.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu juga memberi amaran akan mengenakan penguatkuasaan imigresen yang ketat di New York seperti yang dilakukan di Los Angeles, Chicago dan bandar utama lain.

SAYS.com
Image via Axios

3. Berhadapan cabaran besar urus bandar New York

Mamdani memiliki kurang dua bulan untuk bersedia menguruskan bandar paling ramai penduduk di Amerika yang juga disifatkan sebagai pusat kewangan AS.

Beliau perlu membentuk kabinet bagi melaksanakan janji-janji besar antaranya pasar raya yang dikendalikan oleh kerajaan bandar, penjagaan kanak-kanak percuma dan perkhidmatan bas percuma.

Semalam, beliau telah menamakan lima wanita sebagai pengerusi bersama pasukan peralihan kuasa antaranya Maria Torres-Springer, bekas timbalan datuk bandar di bawah pentadbiran Eric Adams yang meletak jawatan disebabkan hubungan Adams dengan Trump.

Antara isu utama yang menanti Mamdani ialah usaha Adams membataskan keupayaannya membekukan kadar sewa dan risiko 1.8 juta penduduk New York kehilangan bantuan makanan akibat penutupan kerajaan persekutuan.

Profesor politik Lincoln Mitchell dari Universiti Columbia berkata,"Visinya untuk New York bukanlah gila. Ia hanyalah usaha menampal kekurangan dalam jaringan keselamatan sosial kita yang semakin longgar."

Beliau menambah bahawa Mamdani memerlukan pasukan yang mahir mengemudi dewan bandar (City Hall) serta berurusan dengan ibu negeri Albany.

SAYS.com
Image via Financial Times

4. Hubungan bersama komuniti Yahudi

New York memiliki komuniti Yahudi terbesar di luar Israel dan Mamdani telah menekankan ancaman antisemitisme terutama di penghujung kempen beliau.

Akan tetapi, beliau dikritik hebat oleh kumpulan pro-Israel kerana pendiriannya menyokong hak rakyat Palestin dan kritikannya terhadap tindakan Israel dalam perang Gaza, yang beliau sifatkan sebagai "pembunuhan beramai-ramai."

Liga Anti-Fitnah (ADL) mengumumkan pelancaran mekanisme pemantauan untuk meneliti dasar dan pelantikan Mamdani.

Mamdani meragui kejujuran ADL dalam menjalankan pemantauan itu dan menegaskan, "Kami akan membina dewan bandar yang teguh berdiri bersama warga Yahudi New York dan tidak akan goyah dalam memerangi wabak antisemitisme."

Datuk Bandar Adams sebelum ini berkata 57 peratus jenayah kebencian di New York disasarkan terhadap masyarakat Yahudi.

SAYS.com
Image via Sun Sentinel

5. Menamatkan sebuah era

Kekalahan Cuomo menandakan tamatnya pengaruh keluarga Cuomo dalam politik Amerika serta penghujung kerjaya Datuk Bandar Eric Adams yang menarik diri daripada perlumbaan. Mamdani berkata, "Kita telah menjatuhkan satu dinasti politik."

Beliau merujuk kepada keluarga Cuomo, termasuk Mario Cuomo, bapa kepada Andrew, yang juga pernah menjadi Gabenor New York.

Kempen Mamdani yang bersifat revolusioner disokong oleh tokoh-tokoh kiri seperti Senator Bernie Sanders dan Perwakilan Alexandria Ocasio-Cortez bersama pasukan baharu yang bersemangat membawa pembaharuan ke City Hall.

Kemenangan ini menandakan anjakan ke arah kiri dalam Parti Demokrat dan menariknya, Mamdani tidak disokong oleh beberapa tokoh parti arus perdana, termasuk Senator Chuck Schumer dari New York.

SAYS.com
Image via Vanity Fair

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: