Kelantan Akan Tetapkan Had Umur Pendulang Emas, Pelajar Sekolah Disaran Tidak Terlibat
Kelantan sebelum ini mengumumkan lesen untuk pendulang emas di tanah kerajaan hanya dibenarkan kepada rakyat Kelantan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Kelantan akan memutuskan had umur pendulang emas yang boleh memohon lesen
Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata umur individu yang boleh memohon lesen akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat dan rakyat boleh memohon lesen mendulang emas dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mulai bulan depan.
"Pendulang emas ini perlu mengikut syarat yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan masing-masing," katanya.
Pada masa yang sama, beliau juga menasihatkan supaya rakyat berhati-hati ketika mendulang emas.
"Kita harap pendulang emas ini mengutamakan keselamatan dan remaja yang masih bersekolah dinasihatkan supaya tidak melakukan kerja mendulang emas.
"Ini bagi memastikan mereka memberi fokus kepada pelajaran dan pada masa yang sama untuk menjaga keselamatan," katanya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Image via NSTP/Mohd Fadli HamzahLesen pendulang emas dikenakan bayaran RM100 setahun
Kelantan sebelum ini mengumumkan lesen untuk pendulang emas di tanah kerajaan hanya dibenarkan kepada rakyat Kelantan dengan bayaran RM100 setahun.
Mereka yang diberikan lesen hanya dibenar menggunakan kaedah tradisional tanpa sebarang alat atau mesin serta mendulang di kawasan yang diwartakan sebagai tanah kerajaan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dilaporkan berkata kawasan mendulang emas yang dikenal pasti adalah di empat daerah iaitu Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai.
Susulan pengumuman berkenaan, aktiviti mendulang turut mendapat perhatian pelajar sekolah bagi mencari duit poket.
Perkara ini dikenal pasti apabila terdapat sekumpulan pelajar sekolah menengah sebuah kampung di Gua Musang tidak melepaskan peluang turun ke sungai bagi mendulang emas setiap kali cuti sekolah dan hujung minggu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 