Kalau Dah Buntu Idea Menu Ramadan, Ini Resipi Mudah Dari Sahur Sampai Moreh
Menu simple yang boleh anda cuba sepanjang Ramadan ini
Cover image via Seismik MakanFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di bulan Ramadan yang sudah masuk fasa pertengahan, satu perkara yang pasti bermain di fikiran anda setiap hari bukan lagi soal juadah bazar mana yang viral, tetapi soalan sama berulang kali muncul tanpa gagal iaitu menu apa nak buat hari ini?
Saat itulah anda sedar, cabaran sebenar Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi memastikan setiap waktu makan terasa cukup, seimbang dan tetap nikmat tanpa perlu berlebihan.
Sebab itu sebenarnya, Ramadan tak perlu pun menu terlalu complicated setiap hari. Kadang yang simple, kena dengan waktunya, itu yang paling rasa nikmat.
Kalau anda tengah cari idea mudah untuk juadah sepanjang Ramadan ini, ini resipi yang boleh terus cuba ikut waktu: sahur, iftar dan moreh dengan mengguna rangkaian minuman SEASONS.
Sahur: nak cepat tapi kena kenyang
Realitinya, sahur selalunya last minute. Bangun pun dah lambat.
Kalau anda nak sesuatu yang ringkas tapi tetap bagi tenaga untuk sustain sepanjang hari, boleh minum SEASONS Susu Soya yang smooth dan kaya dengan protein.
Menu ini cukup mudah disediakan, sesuai untuk sahur yang cepat tetapi tetap mengenyangkan. Jom lihat resipi ringkas susu soya omelette dan susu soya kurma.
Iftar: teguk pertama tu nikmat yang lain macam
Lepas seharian berpuasa, anda sebenarnya tak perlukan minuman terlalu manis atau terlalu berat.
Yang penting minuman sejuk dan menyegarkan.
SEASONS Chrysanthemum Tea sesuai kerana rasanya yang kurang manis dan juga cooling.
Jom cuba buat resipi golden jelly chrysanthemum!
Moreh: tak perlu berat, asal santai
Moreh sekarang lebih kepada momen lepak.
Borak depan rumah, sembang selepas tarawih atau santai tengok TV.
Untuk suasana macam ini, sesuatu yang refreshing lebih sesuai.
SEASONS Ice Lemon Tea ada rasa zesty yang refreshing dan menyegarkan, sesuai untuk suasana malam di Malaysia yang panas.
Malah minuman ini juga boleh dikongsi bersama keluarga atau kawan-kawan ketika moreh.
Tonton video di bawah untuk lihat cara penyediaannya.
Ramadan tak perlu terlalu over

Kadang-kadang kita rasa macam perlu sediakan menu yang luar biasa setiap hari sepanjang Ramadan.
Tetapi hakikatnya, yang benar-benar membuatkan Ramadan terasa bermakna ialah detik kecil seperti sahur yang ringkas, cukup untuk beri tenaga sepanjang hari, tegukan pertama ketika iftar yang memberi nikmat, selepas sehari berpuasa dan moreh santai sambil berbual bersama keluarga atau rakan terdekat.
Apabila tiap detik ini ditemani pilihan minuman yang tepat pada waktunya, pengalaman Ramadan terasa lebih lengkap dan memuaskan.
SEASONS sepanjang Ramadan ini, membawa detik detik yang real, menemani anda saat sahur, menyegarkan ketika berbuka dan melengkapkan suasana moreh yang santai. Kerana akhirnya, bila rasa real, baru lebih nikmat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

