IUC-YEG Academy Lancar Program Akademik Lengkap Profesional Haji & Umrah Sehingga Peringkat PhD

Inisiatif ini merupakan program pertama seumpamanya di Malaysia dalam bidang Pengurusan Haji dan Umrah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah (FPHU) Kolej Universiti Inovatif (IUC), dengan kerjasama YEG Academy baru-baru ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor dalam pendidikan industri haji dan umrah melalui pelancaran program akademik komprehensif merangkumi peringkat Ijazah Sarjana Muda Fast Track, Sarjana (Master), dan Doktor Falsafah (PhD)

SAYS.com
Image via @innovative.my (Instagram)

Inisiatif ini merupakan program pertama seumpamanya di Malaysia dalam bidang Pengurusan Haji dan Umrah yang mendapat pengiktirafan penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengumuman ini dibuat bersempena Majlis Konvokesyen IUC kali ke-11 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Presiden IUC, Puan Shahawati binti Umar, menegaskan bahawa pelancaran program pasca siswazah ini melengkapkan ekosistem akademik fakulti tersebut. Menurut beliau, program di peringkat Sijil dan Diploma bertujuan melahirkan tenaga teknikal serta Mutawwif, manakala peringkat Ijazah Sarjana Muda pula melahirkan graduan di peringkat eksekutif operasi.

"Peringkat Master dan PhD adalah kritikal untuk mengisi kelompongan kepakaran akademik dan penentu dasar industri. Buat masa ini, dunia akademik kekurangan graduan Master dalam bidang ini untuk diambil sebagai tenaga pengajar,"
jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa graduan PhD dijangka bukan sahaja menjadi pakar di Malaysia, malah di peringkat global bagi mendepani cabaran teknologi dan perubahan polisi di Arab Saudi.

SAYS.com
Image via @innovative.my (Instagram)

Ijazah 'fast track' 3.5 tahun dan tajaan praktikal di Tanah Suci

Dekan FPHU, Encik Mohamad Fikri bin Hasbi, menjelaskan keistimewaan program Fast Track Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan SPM yang membolehkan mereka menamatkan pengajian daripada peringkat Diploma hingga Ijazah dalam masa tiga tahun setengah sahaja, berbanding laluan normal lima tahun setengah.

Keunikan program ini termasuklah:

  • Praktikal selama 30 hari di Mekah dan Madinah pada semester akhir.
  • Bantuan Biasiswa Separa serta tajaan kos praktikal di Tanah Suci oleh Yayasan Pendidikan Kasih Malaysia (YPKM).
  • Mod Pembelajaran Hibrid (Atas Talian + Fizikal) untuk golongan bekerjaya.
SAYS.com
Image via @innovative.my (Instagram)

FPHU turut memperkenalkan Program Sijil Profesional Haji Umrah (SPHU) sebagai micro-credential. Peserta yang mengikuti program selama tiga bulan secara atas talian melalui portal e-hajj.my ini layak mendapat pengecualian kredit selama satu semester jika menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Turut dilancarkan pada majlis tersebut adalah buku berjudul Al-Khibrah, yang menghimpunkan maklumat akademik dan kisah inspirasi alumni. Sehingga kini, FPHU telah melahirkan seramai 1,200 graduan Diploma, dengan lebih 80 peratus daripadanya kini berkhidmat dalam industri pengendali haji dan umrah di dalam serta luar negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: