***1) BUKAN USIA UNTUK BERCINTA***
*Para pelajar sekolah, sekolah rendah (7 hingga 12 tahun) dan menengah (13 hingga 18 tahun) BUKAN usia untuk bercinta dan mencari jodoh. Saya ulang, SEKOLAH BUKAN TEMPAT BERCINTA.
Sepatutnya sepanjang usia sebegini setiap pelajar diperhebatkan dengan aktiviti mencari ilmu dan mengoptimumkan kemampuan diri.
Bukan diajarkan apa itu cinta.
Sepatutnya sepanjang usia sebegini setiap pelajar dididik tentang batas pergaulan lelaki dan wanita, didedahkan dengan bahaya zina dan rogol, tentang jenayah seksual dan sebagainya.
Bukan dibenarkan bercinta.
UPSR pun belum lepas lagi, dik oit!*
***2) KENAPA INI BERLAKU? APA PUNCANYA?***
*Sudah pasti kita tidak menyalahkan cikgu yang berpakaian kemas dan tampak kacak atau cantik, tetapi pada masa yang sama kita juga tidak menyalahkan si pelajar yang baru nak 'up' tersebut. Juga pada masa yang sama kita tidak menyalahkan ibu bapa. Jadi, siapa yang salah?
Jangan cari siapa yang bersalah.
Tetapi cari punca kenapa ini berlaku?
Adakah kerana lambakan drama dan filem cinta 'mengarut' yang kononnya sweet di televisyen? Dilabel sebagai U (untuk tontonan umum) tetapi sebenarnya 18SX?
Adakah kerana media sosial yang terlalu TERBUKA dan easy-access, seperti WeChat, ditambah pula dengan faktor rakan-rakan yang peer-pressure dalam isu couple dan cinta monyet, yang akhirnya mendorong anak-anak kita untuk terlibat dalam isu cinta sejak dari usia sekolah rendah?
Adakah semua ini berlaku kerana sikap KITA, ya KITA, yang bermudah-mudah dengan pergaulan lelaki dan wanita, membenarkan anak-anak menggunakan telefon dan internet sesuka hati sejak kecil dan belum matang?
Saya menyeru,
Pantau anak-anak kita, dengan siapa mereka berkawan, apa yang mereka pakai, apa yang mereka tonton, dengan siapa mereka bermesej ber-whatsapp ber-Facebook, APA YANG MEREKA BORAK DAN SEMBANG, bagaimana sikap anak-anak kita DI BELAKANG KITA.*