Influencer Viral Gayakan Baju Kurung Mydin, Harga RM79 Je Tapi Nampak Mahal & Eksklusif!

Dia ni pakai apa pun cantik!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @khaininakhalil (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang influencer fesyen menunjukkan caranya menggayakan baju kurung berharga RM79 yang dibeli di Mydin telah membuat ramai terpegun

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @khaininakhalil, dia membeli dua pasang baju kurung yang bercorak kotak dan bunga pastel.

Apa yang menariknya, walaupun baju kurung itu berharga cuma RM79, Khainina pandai menggayakannya dengan selendang dan aksesori sekali gus menampakkan baju itu mahal dan eksklusif.

Walaupun dengan hanya menunjukkan simple look, tetapi hasilnya tidak dinafikan sangat cantik dan nampak elegan. Tambahan pula, Khainina turut padankan dengan aksesori seperti beg tangan dan kasut yang sedondon dengan outfitnya.

Dalam pada itu, Mydin Malaysia turut meninggalkan komen di video tersebut dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana membeli-belah di Mydin

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati warganet tertarik dengan series fesyen Ramadan tersebut. 

Malah, ramai yang berkata sebenarnya Khainina sendiri yang cantik, jadi dia pakai apa pun akan nampak cantik.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: