Ibu Bapa Sudah Tidak Gemar Beri Anak Nama Melayu Lama, Husain Antara Yang Terendah
Difahamkan, nama Muhammad dan Nur kekal sebagai nama paling popular dan banyak didaftarkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama Melayu lama semakin dipinggirkan apabila ibu bapa moden tidak lagi memilih nama klasik untuk anak yang dilahirkan dalam Generasi Z (Gen Z) dan Alpha
Menerusi laporan Harian Metro, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati beberapa nama klasik sudah kurang didaftarkan menjadikan jumlahnya jauh lebih rendah berbanding pendaftaran nama moden.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias berkata penggunaan nama tunggal dan lama seperti itu menunjukkan penurunan ketara bagi bayi yang lahir selepas tahun 2000.
"Penurunan penggunaan nama-nama lama ini adalah disebabkan perubahan zaman dan trend yang mana ibu bapa lebih gemar menggunakan nama lebih moden dan menggabungkan nama lama dengan nama lain.
"Namun, JPN tiada kajian khusus mengenai nama lama yang semakin pupus. Fungsi utama JPN adalah untuk mendaftar dan merekod.
"Sama ada nama itu berkaitan tema tertentu atau nama lama yang nak pupus, itu terpulang kepada ibu bapa. JPN bersifat terbuka terhadap rakyat.
"Kalau ibu bapa nak letak nama 'Gajah' atau 'Rimau' sekalipun, kita (JPN) akan daftarkan, selagi tidak melanggar garis panduan atau mempunyai maksud yang sangat buruk," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias.
Image via Harian MetroNama Husain merekodkan hanya 27 pendaftaran
Rekod pencarian JPN turut menunjukkan antara nama Melayu klasik lain merekodkan pendaftaran rendah ialah Baharudin (53); Mustapha (56); Hussein (64); Kamarudin (65); Kassim (118); Karim (135); dan Osman (279).
Menurut Badrul Hisham, trend pada masa ini menunjukkan ibu bapa cenderung menamakan anak mereka dengan gaya ejaan lebih kontemporari iaitu daripada klasik kepada moden.
Katanya, ejaan nama terkini seperti Zahra menjadi Zara, Hafiz menjadi Hafeez dan Amir menjadi Ameer atau Amer selain menggunakan nama seperti Noah, Mikael, Adam, Aryan, Zayn, Rayyan, Sofia, Inara, Alessa, Maryam, Hanna serta Aurora.
"Secara purata, walaupun nama moden semakin banyak digunakan, namun nama Muhammad dan Nur masih memegang jumlah pendaftaran tertinggi secara keseluruhan di Malaysia antara 2024 hingga 2025. Ini kerana nama terbabit melambangkan identiti bangsa dan agama," katanya.
Berdasarkan rekod dari 2024 hingga tahun lalu, nama Muhammad merekodkan 6,603 pendaftaran dan Nur sebanyak 3,926.
Tambah Badrul Hisham, dalam rekod JPN, nama terpanjang mengandungi 13 patah perkataan, manakala nama paling pendek pula hanya mengandungi satu patah perkataan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 