Harga Proton Saga Terbaharu Bermula Dari RM37,990, Sudah Terima Lebih 20,000 Tempahan

Proses tempahan untuk model terbaharu ini dibuka pada 10 November lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Proton Cars
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan Proton Saga Serba Baharu dengan harga ditawarkan bermula pada RM37,990

Menerusi laporan Harian Metro, harga sebenar ditawarkan adalah pada harga RM38,990 bagi varian Standard, RM44,990 (Executive) dan RM49,990 (Premium).

Tetapi, harga bagi setiap varian telah dikurangkan masing-masing kepada RM37,990, RM43,990 dan RM48,990 selepas rebat pelancaran yang ditwarkan sehingga 31 Disember ini.

Model ini turut sudah menerima 20,000 tempahan dalam tempoh hanya 17 hari selepas proses tempahan dibuka pada 10 November lalu.

Dengan slogan 'Intelligence That Thrills', ia menampilkan lima pilihan warna iaitu ruby red, snow white, marine blue, space grey dan armour silver.

SAYS.com
Image via Proton Cars

Diibina menggunakan platform baharu Advanced Modular Architecture (AMA), Saga Serba Baharu menawarkan struktur lebih fleksibel dan berskala bagi memenuhi piawaian keselamatan, prestasi dan emisi antarabangsa

Daripada segi rekaan, model ini menerima kemas kini menyeluruh termasuk lampu LED, gril bermotifkan sulaman songket, bampar lebih agresif, rim aloi 15-inci serta ruang dalaman moden dengan paparan digital dan skrin infotainmen lebih besar.

Pendekatan itu seiring perubahan permintaan pasaran yang semakin menitikberatkan teknologi, keselesaan dan ciri premium walaupun dalam segmen permulaan.

Dijana dengan enjin i-GT 1.5-liter baharu yang dipadankan transmisi CVT, Saga Serba Baharu menawarkan pemanduan lebih lancar dan efisien dengan penggunaan bahan api serendah 4.9L/100km (MDC).

Sistem stereng elektrik (EPS) baharu meningkatkan ketepatan kawalan selain karakter pengendalian PROTON kekal seimbang antara keselesaan dan kestabilan.

Ia disertakan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 1 termasuk AEB dan FCW, bersama enam beg udara sebagai ciri keselamatan standard.

SAYS.com
Image via Proton Cars

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: