GM Klang Umum Kini Beroperasi Setiap Hari Dari 10 Pagi Hingga 10 Malam

Turut dirasmikan Dataran GM Klang sebagai ruang acara baharu menjadi nadi kepada pelbagai aktiviti komuniti, kebudayaan dan keusahawanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & GM Klang ( Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

GM Klang kini secara rasmi melanjutkan waktu operasi baharu iaitu dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula 1 November

Menerusi laporan Bernama, majlis pelancaran waktu operasi baharu itu disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datuk Abd Hamid Hussain dengan disaksikan Pengarah Urusan GM Klang, Datuk Lim Seng Kok dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling.

GM Klang sebelum ini beroperasi dari 10 pagi hingga 7 malam pada Isnin hingga Jumaat manakala 10 pagi hingga 8 malam pada Sabtu dan Ahad serta cuti umum.

Seng Kok berkata, keputusan itu bukanlah sesuatu yang spontan tetapi diambil selepas mendengar suara dan maklum balas daripada pelanggan, pemborong, serta rakan strategik.

"Langkah ini turut mencerminkan komitmen kami terhadap visi GM Klang untuk 'Mengorak Langkah Untuk Menjadi Pusat Borong Sehenti dan Hab Perdagangan Yang Paling Komprehensif di Asia Tenggara'.

"Inisiatif ini turut memperkasakan ekonomi tempatan, menyokong kempen pelancongan negeri dan menjadikan Klang destinasi tumpuan siang dan malam," katanya.

SAYS.com
Image via Bernama

Perubahan dilakukan setelah mengambil kira pembangunan pesat di kawasan sekitar

Seng Kok berkata, pihaknya yakin ia merupakan masa terbaik untuk mengorak langkah ke fasa baharu dalam perjalanan transformasi GM Klang, mengambil kira pembangunan pesat di kawasan sekitar Bandar Botanik termasuk projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang bakal merancakkan aliran pengunjung kawasan itu.

Tambahnya, sebagai simbolik kepada pelaksanaan waktu baharu itu, GM Klang dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor, Tourism Selangor dan MBDK turut menganjurkan acara 'Ceritera Selangor' yang merupakan majlis himpunan persembahan budaya yang mengetengahkan keindahan serta kepelbagaian warisan Selangor.

"Inisiatif ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga usaha memperkukuh kempen Tahun Melawat Selangor 2025, selaras dengan peranan GM Klang sebagai antara Duta Pelancongan Bandar Klang.

"Persembahan selama dua jam itu menampilkan gabungan tarian tradisional, persembahan Mah Meri, Cempuling dan pelbagai elemen kebudayaan yang mencerminkan keunikan negeri ini," katanya.

SAYS.com
Image via GM Klang (Facebook)Image via

GM Klang tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan rakan strategik baharu menumpukan rekreasi, sukan dan gaya hidup

Turut dilaksanakan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara GM Klang dan enam rakan strategik baharu dalam segmen rekreasi, sukan dan gaya hidup dengan kerjasama itu bakal memainkan peranan penting memperkukuh ekosistem perniagaan serta memperluas tawaran gaya hidup di pusat borong itu.

Seng Kok berkongsi GM Klang telah menerima Anugerah Emas di bawah program Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) baru-baru ini.

"Pengiktirafan ini merupakan tanda komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik, malah menjadi pemangkin untuk kami terus mempertingkatkan kemudahan dan pengalaman buat semua pengunjung," katanya.

Bersempena kempen waktu operasi baharu, GM Klang turut memperkenalkan pelbagai aktiviti dan program menarik antaranya Night Crazy Deals iaitu promosi eksklusif bermula jam 7 malam setiap hari, Monthly Lucky Night Draw: Shop & Win – cabutan bertuah bulanan dengan hadiah utama seperti motosikal, mesin basuh dan pengering, serta televisyen pintar 55 inci.

Selain itu, turut diperkenalkan program 'Rioooh Malam Sabtu' iaitu siri acara mingguan bertema yang menawarkan hiburan dan pengalaman unik setiap hujung minggu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: