Glocal Travel & Tours Lancar Pakej Haji Serendah RM49,900, Fokus Kesejahteraan Mental & Rohani Jemaah
Glocal Travel kini menyasarkan peningkatan jumlah jemaah Haji kepada antara 150 hingga 200 orang untuk musim 1447H.
Cover image via Glocal Travel & Tours Sdn BhdFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Glocal Travel & Tours Sdn Bhd, Pengelola Jemaah Haji (PJH) berpengalaman lebih 13 tahun dalam industri umrah dan haji kini mengumumkan pelancaran pakej Haji 1447H/2026M bermula serendah RM49,900
Terpilih buat tahun kedua sebagai PJH, syarikat memberi fokus lebih mendalam terhadap aspek kesihatan mental, motivasi dan rohani jemaah bagi membantu mereka menunaikan ibadah dalam keadaan optimum demi mencapai Haji Mabrur.
Dengan rekod mengendalikan lebih 100,000 jemaah umrah sejak penubuhannya, Glocal Travel kini menyasarkan peningkatan jumlah jemaah Haji kepada antara 150 hingga 200 orang, berbanding 78 jemaah pada musim sebelumnya.

Pengarah Glocal Travel & Tours, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa
Image via Glocal Travel & Tours Sdn BhdPengarah Glocal Travel & Tours, Dato' Mohd Idzham Mohd Isa, berkata program Haji tahun ini diperkukuh melalui penubuhan pasukan sokongan motivasi serta kesihatan yang lebih komprehensif bagi memastikan jemaah kekal terarah dan berdaya tahan sepanjang perjalanan ibadah mereka.
"Musim Haji menguji ketahanan fizikal dan mental. Sebab itu kami mengintegrasikan elemen kerohanian dan kesihatan dalam setiap pakej yang ditawarkan. Hasrat kami adalah untuk membantu jemaah melaksanakan ibadah dalam keadaan hati, jasad, rohani dan fikiran yang paling bersih demi meraih Haji Mabrur," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pakej Haji Glocal Travel baru-baru ini.
Glocal Travel perkenal tiga pakej Haji eksklusif
Antara pakej Haji eksklusif yang ditawarkan oleh Glocal Travel:
• Pakej Elaf Eksklusif – bermula RM49,900
• Pakej Rotana Eco – bermula RM58,900
• Pakej Rotana Premium – bermula RM88,900
Menurut Dato' Mohd Idzham, Pakej Elaf Eksklusif dan Rotana Premium mencatat permintaan tertinggi setakat ini, menggambarkan kecenderungan jemaah terhadap pakej bernilai mampu milik serta pilihan premium yang menawarkan keselesaan maksimum dan pengurangan cabaran logistik.
Seiring peningkatan standard pengurusan jemaah, Glocal Travel turut mengetengahkan nisbah petugas yang lebih tinggi berbanding kebiasaan industri, iaitu empat petugas bagi setiap kumpulan sekitar 10 hingga 20 jemaah, memastikan setiap peserta mendapat perhatian rapi sepanjang tempoh ibadah.

Dari kiri: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki (Personaliti Dakwah Inspirasi), Ustaz Muhidin Mokter (Pakar Kaunseling Haji), Dato' Haji Mohd Idzham Haji Mohd Isa (Pengarah), YM Prof Ustaz Tengku Aziz Raja Ibrahim (Penasihat Syariah) dan Prof Madya Dr Mohd Hisham Mohd Isa (Doktor Pengiring).
Image via Glocal Travel & Tours Sdn BhdImage viaPada majlis sama, Glocal Travel menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan barisan pakar dalam bidang kerohanian dan kesihatan, antaranya Prof Madya Dr Mohd Hisham Bin Mohd Isa (Doktor Pengiring), Ustaz Hj Muhidin Bin Mokter (Pakar Kaunseling Haji), Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki (Personaliti Dakwah Inspirasi), dan YM Prof Ustaz Tengku Aziz bin Raja Ibrahim (Penasihat Syariah).
Dato' Mohd Idzham turut mengundang para bakal jemaah yang telah menerima tawaran Haji (Panggilan Pertama/P1) untuk hadir sendiri mendapatkan penerangan lanjut di Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Ke-4, bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA pada 28, 29 dan 30 November 2025, di booth B007 dan B008.
"Pengalaman luas kami menguruskan jemaah umrah dari tahun ke tahun, disertai maklum balas positif mereka yang kini kembali bersama kami untuk Haji, membuktikan kepercayaan terhadap kekuatan logistik dan pengurusan kami.
"Kami yakin dengan kemampuan petugas dan sumber yang dibina sendiri di Mekah dan Madinah sepanjang 13 tahun ini," tambah beliau. Untuk maklumat lanjut, anda boleh sahaja layari www.glocal.com.my!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



