Gelagat Comel Anak Kecil Dengan Stail Ala Rambut ‘Kungfu Hustle’ Ini Jadi Perhatian
Apa nak jadi dengan rambut awak tu dik?
Cover image via @mrhariz_ (TikTok)Ibu mana tidak bising melihat anaknya dijadikan bahan gurauan dan uji kaji oleh si bapa
Iyalah, kadang-kala sikap bapa yang suka meriuhkan suasana dengan melakukan aktiviti lucu bersama anak-anak sering memeningkan kepala para ibu.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan tindakan seorang bapa yang dilihat terhibur dengan gaya rambut anak kecilnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rambut botak atas sambil ketawa kacau bapa
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @mrhariz_ di TikTok, dilihat gelagat comel seorang anak kecil mengganggu bapanya di dalam bilik.
Apa yang lebih mencuit hati adalah gaya rambutnya yang dilihat botak di bahagian atas seakan-akan style kungfu abad ke-15.
Jelasnya, gaya tersebut terjadi disebabkan kerana gelagat anaknya yang tidak boleh duduk diam ketika gunting rambut.
Lihat video lain di bawah:
"Penat la adik gelak replay banyak kali, comel je peace tu" – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 317K tontonan, 27K tanda suka dan 477 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gaya rambut budak kecil itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @mrhariz_ (TikTok)
Image via @mrhariz_ (TikTok)
Image via @mrhariz_ (TikTok)
Allahu, enjoy jelah ye dik dapat bapa suka menyakat macam tu :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
