[GAMBAR] Dahulu Hijau, Kini Kangaroo Island Musnah Dijilat Api Dahsyat, 20,000 Koala Maut
Lebih 160,000 hektar pulau itu telah musnah dijilat api.

Kangaroo Island yang pernah menjadi salah satu destinasi hangat buat pelancong untuk menyaksikan habitat sebenar kangaroo kini telah musnah
Image via Tourism Australia
Kangaroo Island yang terletak di Adelaide, Australia telah musnah akibat kebakaran melampau yang melanda negara tersebut sejak September 2019. Sehingga kini, api kebakaran masih belum terpadam sepenuhnya.
Laporan mengatakan bahawa lebih 500 juta haiwan telah terkorban akibat kebakaran dahsyat tersebut, malah sesetengah spesis haiwan juga berkemungkinan pupus buat selama-lamanya.
Dua gambar di atas jelas menunjukkan betapa dahsyatnya kesan kebakaran di sana. Jalan raya yang sebelum ini dipenuhi dengan kehijauan subur kini musnah dalam sekelip mata.
Perbezaan di antara kedua-dua gambar ini sememangnya amat perit untuk dilihat.
Kebakaran liar ini turut memusnahkan lebih 50 rumah dan mengorbankan dua orang serta lebih 20,000 koala
Image via The Senior
Lebih 160,000 hektar pulau itu telah musnah dijilat api. Taman Negara Flinders Chase yang dahulunya penuh kehijauan, kini menjadi tanah yang tandus dan kering.
Salah satu rumah agam pertama di Australia, The Great Southern Ocean Lodge turut musnah sepenuhnya.
Image via The Hotel Conversation
Image via 7NEWS
Lagi gambar kemusnahan Kangaroo Island:
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail
Image via Daily Mail
Image via UNILAD
Image via ABC
Image via robdownunder / Flickr

