Gaji RM5,000 Ke Atas Tak Realistik – Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
Difahamkan, kebanyakan majikan terutamanya sektor mikro, kecil dan sederhana (PKMS) masih bergelut untuk menstabilkan kewangan syarikat selepas pandemik Covid-19 melanda.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gaji bermaruah pada kadar RM5,000 ke atas dilihat tidak realistik
Menerusi laporan Sinar Harian, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata faktor seperti kadar kenaikan kos operasi, gangguan rantaian bekalan global dan perubahan permintaan menyukarkan majikan untuk menaikkan gaji tanpa memberi kesan terhadap perniagaan.
"Secara umumnya, sebarang cadangan menetapkan gaji bermaruah RM5,000 ke atas tidak mengambil kira realiti semasa majikan dan landskap ekonomi global terutamanya selepas pelaksanaan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) terhadap pengeksport termasuk Malaysia.
"Jika kos buruh turut meningkat mendadak, ia boleh menyebabkan pengeksport Malaysia kehilangan pasaran antarabangsa dan pelabur mencari negara yang menawarkan kos buruh lebih kompetitif," katanya.
Saran kenaikan gaji perlu dilaksanakan secara berperingkat
Menurut Syed Hussain, perbincangan berkenaan isu gaji ini perlu dilakukan secara menyeluruh melibatkan kerajaan, majikan dan pekerja berlandaskan data produktiviti serta pertumbuhan ekonomi sebenar.
Tambahnya, proses kenaikan gaji perlulah dilakukan secara berperingkat selari dengan produktiviti serta keupayaan kewangan majikan.
Terdahulu, penganalisis Ekonomi dari UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpandangan kadar gaji ideal dan bermaruah bagi kategori bujang mahupun keluarga yang mempunyai dua anak sepatutnya berada dalam lingkungan RM5,000 ke atas, bergantung kepada lokasi sama ada menetap di bandar atau luar bandar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 