Dua Beradik Umur 10 & 8 Tahun Dari Terengganu Dapat Tawaran Jadi Duta Syarikat Basikal Antarabangsa

Semoga terus berjaya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua beradik dari Kuala Nerus, Terengganu membuktikan usia cilik bukan penghalang untuk berkecimpung dalam dunia roadbike

Nik Muhammad Danish, 10, dan adiknya Nik Muhammad Faris, 8. bukan sekadar berbasikal tetapi mampu mengayuh sejauh puluhan kilometer di samping menyaingi peloton (kelompok terbesar dalam perlumbaan berbasikal) yang terdiri daripada orang dewasa.

Menerusi laporan Bernama, bapa mereka, Nik Muhammad Zulkarnain Nik Sin, 42, berkongsi minat dua anaknya itu bermula daripada mengayuh secara suka-suka mengikut dirinya dan isteri berbasikal pada waktu petang dan hujung minggu.

"Pada mulanya mereka hanya ikut kami, menggunakan basikal bersaiz kanak-kanak, tetapi lama-kelamaan kami nampak mereka boleh ikut pace (berkayuh) jauh, cepat tangkap teknik dan berani kayuh jarak jauh.

"Jadi, saya mula latih mereka dengan lebih teratur sebelum menyertai siri perlumbaan berbasikal kompetitif bermula dengan Junior Cycling Malaysia (JCM) di Sendayan pada Julai tahun lalu dan tanpa diduga Danish berjaya mendapat tempat kedua manakala Faris di tempat keempat bagi kategori umur mereka.," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mereka mencatatkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan dan hingga kini Danish dan Faris telah menyertai lebih lapan pertandingan berbasikal dengan hampir semuanya berakhir di podium termasuk beberapa kemenangan dalam siri JCM tahun ini.

Minat dan kemampuan dua beradik dari Sekolah Kebangsaan Tok Jiring itu turut menarik perhatian sebuah syarikat basikal antarabangsa yang kemudian menawarkan kontrak setahun untuk menjadikan mereka sebagai duta jenama tersebut.

SAYS.com
Image via Bernama

Dedah latihan dijalankan untuk kedua-dua beradik dilakukan hampir setiap hari

Berkongsi rutin latihan kedua-dua anaknya itu, Nik Muhammad Zulkarnain yang juga merupakan atlet berbasikal Polis Diraja Malaysia Terengganu berkata latihan dilakukan hampir setiap hari merangkumi kayuhan di laluan landai bagi melatih cadence dan kayuhan mendaki untuk membina kekuatan.

"Latihan harian biasanya sekitar 40 hingga 50 kilometer. Jika mereka menyertai peloton besar, jarak boleh mencecah 70 hingga 80 km dengan purata kelajuan sekitar 30 km sejam.

"Saya pula akan mengiringi mereka dengan motosikal untuk memantau cadence, penggunaan gear dan keselamatan sepanjang kayuhan. Pada usia begini, saya perlu pastikan setiap kayuhan bukan sekadar laju, tetapi selamat," katanya.

SAYS.com
Image via Facebook

Kedua-dua anaknya menggunakan basikal spesifikasi dewasa termasuk rangka bersaiz 44 dan crankset 53 bagi membolehkan mereka mengekalkan kelajuan tinggi ketika menyertai peloton

"Walaupun frame itu besar untuk umur mereka, saya buat fitting semula, seat direndahkan, handle dipendekkan supaya mereka selesa dan tidak cepat lenguh," katanya sambil menjelaskan basikal kanak-kanak tidak mampu menyaingi kelajuan peloton.

Bakat kedua-dua anaknya itu kemudiannya menarik perhatian Majlis Sukan Negeri Terengganu yang kini menempatkan mereka dalam kumpulan pelapis negeri yang rata-rata berusia berusia 13 tahun ke atas.

Bgai ibu kepada dua kanak-kanak itu, Noornajmi Idayu Mazlan, 40, penglibatan aktif Danish dan Faris dalam sukan berbasikal bukan sahaja meningkatkan tahap kecergasan malah mengubah disiplin harian mereka terutama dari segi pengurusan masa dan komitmen terhadap pelajaran.

"Sukan ini banyak mendidik mereka. Dulu agak nakal, tapi sekarang lebih fokus dan berdisiplin.

"Apa yang saya tak berpeluang capai waktu kecil, saya nak beri peluang itu kepada anak-anak dan semuanya tetap dilakukan tanpa meminggirkan pelajaran," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: