Dermalene Lancar Kempen Year End Sale Sempena ‘Breakfast With Dermalene’ & Kolaborasi Bersama ZUS Coffee

Dermalene turut menawarkan diskaun istimewa sehingga 35% sempena Year End Sale kali ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Dermalene
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dermalene Sdn Bhd, pusat rawatan kulit yang patuh syariah, tidak invasif, tiada suntikan dan bersijil ISO, secara rasminya melancarkan kempen Dermalene Year End Sale 2025 menerusi majlis tahunan Dermalene iaitu "Breakfast With Dermalene" bertemakan 'Healthy and Wellness' baru-baru ini

SAYS.com
Image via Dermalene

Acara ini turut menyaksikan kolaborasi eksklusif bersama ZUS Coffee melalui pelancaran tumbler edisi terhad Dermalene x ZUS sebagai merchandise khas yang hanya boleh didapati disemua cawangan Dermalene semasa kempen ini berlangsung.

Berteraskan konsep Open Day, majlis dimulakan dengan Sesi Zumba, pelbagai sajian menu sarapan dan kuih-muih tradisional serta pencuci mulut. Selain itu, terdapat juga pelbagai vendor jemputan yang hadir seperti MegaZahran, Physiomobile, Optimax Eye Specialist dan My Dental Care yang menyediakan pelbagai servis menarik kepada hadirin yang hadir. Turut menjadi tumpuan ialah empat jenis minuman istimewa dari ZUS Coffee yang diberikan secara percuma kepada semua pengunjung.

Selain aktiviti santai, Dermalene turut memperkenalkan dua rawatan kulit terbaharu iaitu DermaleneLift: HIFU dan DermaleneLift: PRX-T33 yang memfokuskan kepada masalah penuaan secara selamat dan berkesan. Majlis ini juga menjadi platform rasmi bagi pelancaran Alene Wellness, sebuah inisiatif baharu di bawah Dermalene yang memberi fokus kepada kesihatan menyeluruh melalui servis Inbody Scan Analysis berserta pelbagai lagi servis baharu yang bakal hadir di Alene Wellness bagi membantu lebih ramai orang untuk mencapai berat badan ideal mereka.

SAYS.com
Image via Dermalene

Tawar diskaun istimewa sehingga 35% untuk pakej rawatan sempena Year End Sale

Bagi menambahkan lagi kemeriahan, majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran khas Coach LehaOsem, figura inspirasi dalam dunia kecergasan dan gaya hidup sihat yang turut berkongsi motivasi serta panduan ringkas penjagaan kesihatan dengan para tetamu.

Pelbagai mini games interaktif, hadiah bernilai tinggi dan cabutan bertuah (lucky draw) turut diadakan sepanjang acara, menjadikan pengalaman pengunjung lebih bermakna dan menghiburkan.

Sebagai kemuncak pelancaran, Dermalene menawarkan diskaun istimewa sehingga 35% untuk pakej rawatan bersempena dengan kempen Year End Sale sehingga 31 Disember ini.

"Kami percaya kecantikan bukan sekadar pada kulit, tetapi bermula daripada gaya hidup yang seimbang. Melalui Breakfast With Dermalene dan pelancaran Alene Wellness, kami ingin membina komuniti yang lebih sihat, lebih yakin, dan lebih berpengetahuan tentang kesihatan diri," kata wakil Dermalene.

Acara ini membuktikan komitmen Dermalene dalam menggabungkan kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan di bawah satu aspirasi bagi membantu setiap individu mencapai versi terbaik diri mereka.

SAYS.com
Image via Dermalene

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: