Lagu Ddu-Du Ddu-Du Versi Caklempong Ini Sangat ‘Awesome’ & Tetap Buat Kita Rasa Nak Joget!
Meremang bulu roma dengar lagu Ddu-Du Ddu-Du versi caklempong.
Cover image via Twitter @afizal_razakCaklempong merupakan alat muzik tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Minangkabau
Muzik caklempong secara umumnya disifatkan sebagai permainan rakyat yang mana turut dipersembahkan dalam upacara rasmi yang melibatkan istana.
Cak' bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala 'Lempong' bermaksud bunyi paluan bonang. Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian, muzik dan nyanyian, dan muzik dan dramatari (taridra).
Muzik tradisional ini juga dikenali sebagai telempong, celempong dan taklempong.
Image via Berita Harian
Menerusi perkongsian video oleh Afizal Razak, satu kumpulan muzik caklempong di sebuah sekolah di Perak telah membuat persembahan yang lain daripada yang lain!
Yang membuatkan orang ramai terpukau adalah pelajar-pelajar itu menggunakan peralatan muzik tradisional tersebut untuk membuat persembahan lagu Ddu-Du Ddu-Du oleh artis popular Korea antarabangsa, Black Pink
Video yang dimuat naik di laman Twitter itu telah mendapat lebih 26 ribu retweets dan 21 ribu likes dalam masa hanya 2 hari perkongsian.
Dimaklumkan, pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gopeng, Perak dan Afizal Razak merupakan guru muzik mereka.
Image via Amazon
Image via Twitter @afizal_razak
Rata-rata netizen kagum, bangga dan terpesona dengan persembahan tersebut!
Image via Twitter @afizal_razak
Image via Twitter @afizal_razak
Image via Twitter @afizal_razak
Lain-lain persembahan caklempong dari pelajar-pelajar SBP Integrasi Gopeng yang boleh buat orang ramai naik bulu roma!
1. Kuch Kuch Hota Hai
2. Lagi Syantik
3. Tak Tun Tuang
Cayalah adik-adik!
Teruskan usaha dan selamat maju jaya!
Image via Gif Image

