Cari Rumah Pertama? LBS Bina Kini Tawar Kediaman Lengkap Fasiliti & Insentif Luar Biasa
Memang recommended sangat buat anda yang mahu dapatkan hartanah daripada LBS Bina.
Cover image via LBS BinaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh LBS Bina.
Sebut saja pasal memiliki hartanah sendiri mesti ramai yang letak dalam wishlist bukan? Lebih-lebih lagi bagi anda yang sudah berkeluarga
Haa.. buat anda yang plan untuk dapatkan hartanah atau kediaman sendiri sekitar Selangor, kami ada cadangan terbaik untuk anda dalam mendapatkan hartanah oleh pemaju hartanah yang dipercayai, terletak di lokasi strategik serta ditawarkan dengan harga mampu milik. Ini yang ramai mahukan bukan?
Projek hartanah yang kami nak kongsikan dengan anda adalah LBS Bina SkyRia yang terletak di Puchong dan juga BSP Sutera yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor.
Projek yang bakal dibangunkan ini terdiri daripada rumah jenis apartment dan juga rumah bandar.
Untuk rekod, LBS Bina telah ditubuhkan sejak dari tahun 1961 lagi. Dalam erti kata lain, syarikat mempunyai pengalaman lebih dari separuh abad di dalam menghasilkan projek perumahan di Malaysia.
Memang recommended sangat buat anda yang mahu dapatkan hartanah daripada LBS Bina.
SkyRia
Terletak di D'Island Residence Puchong, SkyRia menawarkan rumah jenis apartment di mana sebanyak 999 unit bakal dibangunkan.
Menariknya, lokasi dengan keluasan 175 ekar ini memfokuskan kepada ekosistem yang mesra alam dan juga rekaan moden dalam memenuhi citarasa masa kini. Cool bukan?
Mengulas mengenai keluasan, apartment daripada SkyRia hadir dengan tiga saiz berbeza terdiri daripada 600 kaki persegi, 850 kaki persegi dan 900 kaki persegi.
Sesuai sangat buat anda yang bujang atau baru sahaja membina keluarga.
Buat anda yang kerap travel ke lokasi ini bagi tujuan kerja atau sebagainya, mungkin SkyRia antara yang boleh anda pertimbangkan.
Setakat ini, masih belum terdapat harga rasmi bagi SkyRia, namun anda boleh mendaftar minat untuk mengetahui lebih lanjut dengan klik di SINI.
BSP Sutera
Dibangunkan di Bandar Saujana Putra, BSP Sutera menjanjikan pengalaman yang selesa dan kondusif bagi setiap unit apartment dan rumah bandar yang dibangunkan.
Soal keluasan, BSP Sutera sedia menawarkan pilihan buat para pembeli di mana unit apartment hadir dengan keluasan 850 kaki persegi yang terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Rumah Bandar BSP Sutera pula hadir dengan keluasan yang lebih besar dengan keluasan kasar 1,339 kaki persegi untuk unit pada tingkat bawah dan keluasan kasar 1,479 kaki persegi untuk unit pada tingkat atas.
Kami yakin anda kalau stay sini mesti dah malas nak keluar dari kawasan ini untuk beriadah. Mana tidaknya, trek joging, taman permainan, gimnasium, gelanggang badminton, takraw, futsal semuanya ditawarkan dalam satu tempat. Serius best!
Sebuah lagi keunikan BSP Sutera ini adalah lokasinya yang strategik di mana hartanah ini memberi akses yang mudah kepada lebuh raya ELITE (Shah Alam-KLIA), SKVE (Klang-Kajang) dan LDP (Damansara-Puchong) dengan mudah.
Berbincang mengenai harga, BSP Sutera Apartment sedia ditawarkan pada harga bermula daripada RM442,680 manakala BSP Sutera Townhouse ditawarkan pada harga bermula daripada RM499,968. Harga yang disebutkan termasuk dengan diskaun buat Bumiputera sebanyak 7%.
Sebuah harga yang berbaloi melihatkan kepada lokasi strategik hartanah ini serta fasiliti lengkap yang ditawarkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

