‘Tak Ada Nama Lain Ke?’ – Orang Ramai Bengang Nama P Ramly Diguna Untuk Burger Babi

Sekarang P. Ramly. Lepas ni Bujang Lapork pulak ke?

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Sebuah restoran non-halal popular yang terkenal dengan hidangan burger babi mencetus kontroversi apabila menamakan burger keluaran mereka 'P. Ramly'

Nama **'P. Ramly'** ini dianggap tidak sesuai digunakan untuk sebuah hidangan burger babi kerana begitu sama bunyinya dengan seniman agung tanah air **P Ramlee**, yang mana merupakan seorang Melayu dan Muslim.

Walaupun ejaannya berbeza, nama yang digunakan itu tetap menimbulkan kemarahan orang ramai, terutamanya dikalangan umat Islam.

Isu ini turut mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Menurut mereka, nama 'P. Ramly' telah sama sekali menimbulkan kekeliruan dan tidak sepatutnya digunakan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhak mengambil tindakan ke atas restoran tersebut kerana melakukan kesalahan.

"Berdasarkan Akta Perlindungan Pengguna 1999, tindakan boleh dikenakan ke atas peniaga yang mempamerkan imej mengelirukan tentang produk atau servis mereka," katanya.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Image via Berita Harian

Tinjauan dari Berita Harian mendapati ada sesetengah Muslim yang mengakui keliru dengan menu berkenaan. Malah, ada juga yang hampir terbeli selepas melihat poster burger 'P. Ramly' di luar restoran.

Image via Berita Harian

Sebenarnya, restoran non-halal tersebut, Ninja Joe telah melancarkan burger ini pada 31 Ogos lalu bagi memperingati dan memberi kehormatan kepada jenama burger no. 1 di Malaysia 'Ramly Burger'

Menurut Ninja Joe, 'P' yang terdapat pada menu tersebut merujuk kepada 'pork' ataupun daging babi yang digunakan dalam bahan utama burger tersebut.

Manakala 'Ramly' pula digunakan kerana mendakwa nama tersebut sudah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, di bawah poster burger 'P. Ramly' telah tercatat dengan jelas bahawa burger itu sememangnya hidangan burger babi dengan tulisan **'juicy pork patty wrapped in an omelette'**.

Dalam pada itu, pemilik Ramly Burger, Datuk Ramly Mokni juga tidak senang dengan penggunaan label tersebut walaupun sebagai "penghargaan"

Datuk Ramly Mokni.

Image via The Rakyat Post

Dan disebabkan kekecohan yang timbul, Ninja Joe mengambil langkah untuk menamakan semula burger 'P. Ramly' berdasarkan undian tertinggi di laman Facebook mereka

Mana satu yang anda pilih?

A. Bac-on Harmony
B. Freedom Patty
C. Liberty Porker

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Isu 'Pretzel Dog' minggu lepas boleh tahan juga hangatnya:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: