Buang Bayi Belakang Rumah, Remaja 16 Tahun Lahirkan Anak Didakwa Hasil Sumbang Mahram
Difahamkan, remaja perempuan itu sedang dirawat di hospital.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bayi lelaki telah ditemukan masih hidup di belakang sebuah rumah di Kampung Raja, Besut, petang semalam
Menerusi laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut menerima panggilan kecemasan jam 2.54 petang berhubung penemuan bayi dipercayai baru dilahirkan.
Menurutnya, siasatan awal mendedahkan remaja perempuan berumur 16 tahun itu telah melakukan persetubuhan sumbang mahram dengan ahli keluarga hingga melahirkan anak tanpa pengetahuan sesiapa.
Md Sani berkata suspek dipercayai membuang bayi tersebut sebelum ditemukan oleh penghuni rumah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya.

Dibenarkan mahkamah untuk tahan reman seorang lelaki iaitu adik kepada ibu bayi tersebut
Beliau berkata, Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan ibu meninggalkan bayi dengan niat hendak membuangnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau denda atau keduanya.
"Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu perbuatan perempuan dan lelaki yang tidak dibenarkan untuk berkahwin oleh hukum agama melakukan persetubuhan.
"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan dikenakan sebatan," katanya.
Md Sani menambah mahkamah membenarkan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki yang juga adik kepada ibu bayi itu untuk membantu siasatan.
"Remaja perempuan itu pula kini sedang mendapatkan rawatan di hospital," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 