BIENZ Lebarkan Sayap Ke Putrajaya, Bawa Keenakan Pizza A5 Wagyu Lebih Dekat Dengan Pelanggan

BIENZ Putrajaya tampil dengan ruang yang lebih luas bagi memenuhi keperluan keluarga dan kumpulan besar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @bienz.kl (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama restoran tempatan yang semakin meningkat naik, BIENZ, secara rasminya melancarkan cawangan keduanya di Putrajaya baru-baru ini

Pembukaan ini merupakan langkah strategik bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap menu premium mereka, terutamanya hidangan ikonik Pizza A5 Wagyu.

Cawangan baharu ini bertujuan untuk memberikan kemudahan akses kepada pelanggan di luar kawasan Kuala Lumpur yang sebelum ini terpaksa menempuh perjalanan jauh demi menikmati kulinari unik BIENZ.

Pengasas Bersama BIENZ, Raffil Jamir, menyatakan bahawa pemilihan Putrajaya adalah berdasarkan potensi besar kawasan tersebut yang mempunyai kelompok pelanggan yang menghargai kualiti makanan dan pengalaman menjamu selera yang premium namun santai.

"Putrajaya merupakan kawasan yang sangat strategik untuk perniagaan F&B. Kami melihat potensi besar di sini, khususnya bagi mereka yang mementingkan kualiti servis dan hidangan yang berkualiti tinggi," jelas beliau.

SAYS.com
Image via @bienz.kl (Instagram)

BIENZ Putrajaya tampil dengan ruang yang lebih luas bagi memenuhi keperluan keluarga dan kumpulan besar

Antara ciri utama cawangan ini termasuklah:

  • Kapasiti Besar: Mampu menampung sehingga 150 pelanggan pada satu-satu masa.
  • Ruang Selesa: Direka khas untuk pelbagai acara, daripada perjumpaan keluarga hinggalah ke majlis rasmi.
  • Fokus Kualiti: Mengekalkan piawaian kualiti makanan dan servis yang menjadi identiti jenama BIENZ.
SAYS.com
Image via @bienz.kl (Instagram)

Raffil, yang mengusahakan perniagaan ini bersama ahli keluarganya, optimis bahawa pembukaan cawangan ini akan menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk mencuba variasi menu mereka.

"Kami percaya masih ramai yang belum berpeluang merasai menu kami. Cawangan Putrajaya ini diharapkan dapat menjadi platform untuk penduduk sekitar merasai sendiri keenakan pizza A5 Wagyu dan hidangan lain yang kami tawarkan," tambahnya lagi.

SAYS.com
Image via @bienz.kl (Instagram)

Melangkah ke hadapan, BIENZ bukan sahaja komited untuk mengekalkan konsistensi di cawangan sedia ada, malah telah merancang untuk melakukan ekspansi ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Selain itu, penambahan variasi menu juga sedang dirancang bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan pada masa akan datang.

Pembukaan cawangan kedua ini menjadi bukti kukuh komitmen BIENZ sebagai pemain industri F&B anak tempatan yang berdaya saing dalam menawarkan pengalaman gastronomi bertaraf antarabangsa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: