“Berbahaya” – Singapura Kesan ‘Kopi Penumbuk’ Buatan Malaysia Mengandungi Ubat Tadalafil
Difahamkan, penggunaan Tadalafil yang tidak wajar adalah berbahaya untuk kesihatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah produk asal dari Malaysia iaitu 'Kopi Penumbuk' telah dikesan mengandungi Tadalafil
Tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan untuk merawat disfungsi erektil dan hanya boleh diambil bawah pengawasan perubatan, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).
Menurut kenyataan daripada Singapore Food Agency (SFA), agensi itu menasihati pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi dengan dakwaan mempunyai kesan peningkatan seksual bagi lelaki.
"SFA telah bekerjasama dengan pelbagai platform e-dagang dalam talian untuk mengeluarkan senarai produk itu dan mengeluarkan amaran kepada penjual agar menghentikan penjualan produk berkenaan dengan serta-merta," katanya.
Image via Singapore Food Agency (SFA) (Facebook)
Image via Singapore Food Agency (SFA) (Facebook)
Tadalafil adalah ubat terkawal berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kesihatan
Menurut SFA lagi, penggunaan Tadalafil yang tidak wajar adalah berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kesan sampingan serius.
Hal ini termasuklah risiko serangan jantung, strok, sakit kepala, migrain, degupan jantung tidak teratur serta priapisme.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh menimbulkan risiko serius kepada individu tertentu, terutama mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung.
"Ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah yang boleh mengancam nyawa individu yang mengambil ubat jantung, terutama yang mengandungi nitrat," katanya.
Untuk makluman, penjualan makanan yang tidak selamat tidak dibenarkan bawah Seksyen 15 Akta Jualan Makanan Singapura.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih S$5,000 (S$1=RM3.30) dan dalam kes sabitan kedua atau seterusnya, denda tidak lebih S$10,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 