Beli Singlet Dapat Dress, Abang Sado Ini Kongsi Gambar Lucu ‘Punggung Mengancam’ Di FB
Geli betul hati kami melihatnya. 😀
Cover image via Jeremy Russel Priola/FacebookOnline shopping bukan lagi satu perkara yang baru lagi buat kita semua. Boleh dikatakan ia amat digemari golongan muda kerana ia mudah, cepat dan menjimatkan tenaga.
Yelah bila buat *online shopping* ni, anda tak perlu lagi dah menghabiskan masa pergi ke kedai untuk beli barang tersebut. Duduk depan *laptop* klik itu ini dah *settle* semuanya. Masa anda jadi jimat, tenaga pun jimat.
Tetapi pernah tak anda terima barang berlainan daripada barang yang anda *order* melalui *online shopping*?
Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Jeremy Russel Priola yang berkongsi foto dirinya mengenakan dress berwarna kelabu di Facebook beberapa hari lalu
Menurut Jeremy, *dress* seksi dan sendat tersebut diterimanya melalui pembelian di portal *Amazon.com* setelah pihak jual beli dalam talian tersebut 'keliru' dengan butiran pesanannya.
Image via Jeremy Russel Priola/Facebook
Lelaki yang berasal dari Pennsylvania ini dalam post Facebook miliknya, berkongsi rupa asal baju singlet yang ditempahnya beserta fotonya menggayakan 'singlet' yang dihantar oleh pihak Amazon.com
Dalam *post* tersebut, dia menulis ***"I got this tank top on Amazon and they sent me a dress. On the plus side it does make my ass look great."***
Gambarnya membuatkan pengguna Facebook berasa geli hati dan sehingga kini *post* tersebut sudah menerima lebih 49 ribu *likes* dan lebih 44 ribu perkongsian.
Image via Jeremy Russel Priola/Facebook
Bayangkan sudah terima 44 ribu shares, jadi sudah pasti gambarnya itu menjadi viral worldwide
Malah, orang ramai juga telah menjadikan gambar anggun dan lucunya itu sebagai *meme* yang menggelikan hati. Haha lawak betul kan?
Image via Jeremy Russel Priola/Facebook
Image via Jeremy Russel Priola/Facebook


