Profile Foto Dia Gambar Porno – Ibu Buntu Anak Perempuan 8 Tahun Ada ‘Group Sex’ Di WeChat
"Mengeletar badan saya ni tengok musibah macam ni." – Ibu mangsa.
Cover image via Syed Azmi/FacebookBayangkan baru saja mencecah umur 8 tahun, seorang kanak-kanak perempuan telah mempunyai satu group sex di laman sosial WeChat. Terperanjat?
Inilah kisah yang dilaporkan oleh [Syed Azmi](https://www.facebook.com/syed.azmi.148/posts/10154289753541478) di laman Facebook malam tadi. *Post* yang dimuat naik berserta satu gambar perbualan lucah seorang kanak-kanak bersama seorang lelaki yang tidak dikenali itu betul-betul menarik perhatian orang ramai. Saat membaca *post* tersebut, kami sendiri terperanjat dan seakan tidak percaya akan apa yang kami baca.
Syed Azmi memberitahu, gambar perbualan itu telah dihantar oleh ibu kanak-kanak perempuan itu sendiri yang mencari beliau untuk meminta pertolongan kerana sangat buntu. Segalanya bermula setelah ibu tersebut membelikan *tab* untuk anak perempuannya itu awal bulan lalu.
Image via Syed Azmi/Facebook
Bagi mendapatkan info bagaimana ia bermula, Syed Azmi telah mengajukan beberapa soalan kepada ibu tersebut.
Ibu kanak-kanak tersebut memberitahu anak perempuanya itu juga menggunakan gambar porno sebagai profile picture dan dia jugalah yang memulakan perbualan mengenai perkara itu.
Image via Syed Azmi/Facebook
Mungkin si ibu terlalu buntu. Beliau sendiri tidak tahu bagaimana mahu respon setelah mendapat tahu mengenai perkara tersebut. Apa yang cuma dilakukannya adalah sekadar menyindir anaknya itu dengan bertanyakan "dah nak kahwin ke?"
Image via Syed Azmi/Facebook
Baca perbualan tersebut di bawah dan anda nilailah sendiri:
Image via Syed Azmi/Facebook


