‘Are You Dead?’ Aplikasi Keselamatan Khas Buat Individu Yang Tinggal Seorang Diri
Aplikasi ini dikenali sebagai Sileme dalam bahasa Cina membawa maksud "Adakah anda sudah mati?".
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah aplikasi menyasarkan golongan yang tinggal bersendirian dipanggil "Are you dead", menjadi tular di China sekali gus menyebabkan bilangan muat turun melonjak dan perbincangan meluas di media sosial
Menerusi laporan Berita Harian, perkara itu telah mendorong syarikat aplikasi berkenaan memperkenalkan yuran langganan serta menukar nama aplikasinya untuk pasaran global.
Ia digambarkan oleh pasukan pembangunnya sebagai 'alat keselamatan ringan yang dicipta untuk mereka yang tinggal sendirian' berpotensi terdiri daripada golongan pelajar, pekerja pejabat atau sesiapa yang memilih gaya hidup bersendirian.
Aplikasi berkenaan memerlukan pengguna menetapkan seorang kenalan kecemasan dan notifikasi automatik akan dihantar sekiranya pengguna tidak membuat daftar masuk melalui aplikasi itu selama beberapa hari berturut-turut.
Difahamkan, China dilihat mempunyai kemungkinan sehingga 200 juta isi rumah satu orang, dengan kadar hidup solo melebihi 30 peratus.

Sudah menggunakan nama lain pada platform aplikasi berbayar lain
Dikenali dalam bahasa Cina sebagai Sileme (bermaksud "Adakah anda sudah mati?"), syarikat aplikasi terbabit memaklumkan akan melancarkan nama jenama global Demumu dalam versi baharu yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Aplikasi berkenaan sudah pun menggunakan nama Demumu dalam carta aplikasi berbayar Apple, di mana ia kini berada di tangga kedua selepas melonjak ke kedudukan teratas awal minggu ini.
"Terima kasih kepada semua warga internet atas sokongan yang begitu bersemangat. Pada asalnya kami hanyalah sebuah pasukan kecil yang tidak dikenali, diasaskan bersama dan diuruskan secara bebas oleh tiga orang yang lahir selepas 1995," kata Sileme.
Ahad lalu, syarikat itu memaklumkan akan memperkenalkan skim bayaran lapan yuan (AS$1.15) bagi membantu menampung kos yang semakin meningkat.
Dalam pada itu, terdapat juga gesaan netizen meminta Sileme supaya tidak menukar nama aplikasinya, di samping ada yang mencadangkan pilihan seperti "Adakah anda masih hidup", "Adakah anda dalam talian" atau "Adakah anda di sana".
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 