APM Dapat Panggilan Kecemasan Orang Awam, Rupa-Rupanya Kena Selamatkan iPhone 11
Difahamkan, kejadian berlaku di Bukit Batu Sawa, Jelebu, Negeri Sembilan.
Cover image via APM Jelebu (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima panggilan menyelamat, rupa-rupanya untuk mengambil telefon pintar iPhone 11 yang jatuh ke kawasan curam
Menerusi laporan Kosmo!, dalam kejadian yang berlaku pada 12 Julai lalu, Anggota APM telah turun ke kawasan curam sedalam 10 meter di Bukit Batu Sawa, Jelebu untuk mengambil telefon milik seorang wanita.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Lt (PA) Mohd. Najib Abdul Karim berkata pihaknya telah menerima sebuah panggilan kecemasan pukul 11.45 pagi.
Panggilan yang diterima daripada wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu telah meminta supaya anggota APM bantu mendapatkan semula telefonnya yang terjatuh di kawasan curam bukit tersebut.

Kali pertama mendapat panggilan kecemasan seperti itu
Mohd Najib berkata, khidmat khas itu merupakan kali pertama diterima pihaknya yang sebelum ini lebih banyak terlibat dalam operasi membantu mangsa kemalangan, banjir dan lain-lain kecemasan.
"Sebaik tiba di Bukit Batu Sawa, pasukan APM mendapati mangsa dan rakannya berada di lokasi. Anggota APM memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dan mempersiapkan peralatan untuk turun ke curam bukit.
"Kedalaman untuk turun ke bawah dianggarkan kira-kira 10 meter dengan permukaan batu yang licin. Gajet itu berjaya dibawa naik dan diserahkan kepada pemiliknya. Operasi selesai pada pukul 1.38 tengah hari," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



