[SHARE] Tidak Boleh Dirawat Dan 4 Lagi Perkara Penting Mengenai Zika Yang Anda Wajib Tahu

Awasi diri anda!

Enlarge text
Cover ImageCover image via www.ibtimes.co.uk
Logo

Hari demi hari kita dilaporkan dengan peningkatan jumlah mangsa virus Zika di Malaysia. Setakat hari ini, dipercayai terdapat 40 kes terbaru yang melibatkan virus tersebut. Ya, hal ini amat membimbangkan.

Kenyataan itu dibuat oleh **Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam** dua hari lalu.

Image via www.ismaweb.net

Namun, mungkin masih ramai belum betul-betul mengenali virus ini dan bagaimana jangkitan itu boleh berlaku. Ini 5 perkara penting mengenainya:

1. Apakah virus Zika?

Zika adalah penyakit virus yang menyebabkan demam yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV). Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes sama seperti penyakit demam denggi.

Simptom-simptom penyakit ini sama seperti penyakit demam denggi. Mereka yang dijangkiti akan mengalami demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

2. Bolehkah dirawat?

Buat masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

3. Negara manakah yang terjejas?

4. Perlukah anda membatalkan lawatan anda?

Media WHO menyarankan supaya orang ramai tidak melakukan perjalanan ke negara-negara yang dijangkiti virus Zika.

5. Langkah-langkah pencegahan

**Elakkan dari gigitan nyamuk** dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu.

**Elakkan daripada melakukan aktiviti luar** sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.

Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka **segeralah mendapatkan rawatan** di klinik atau hospital yang berhampiran.

Image via www.cbsnews.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi mengenai Zika:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: