5,000 'Anak Perantau' Rakyat Pahang Dapat Baucar Petrol & Diesel Sempena Aidilfitri Ini
Bantuan itu bertujuan meringankan beban kewangan mereka yang merantau.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak 5,000 baucer petrol dan diesel akan diberi kepada anak perantau Pahang sempena Aidilfitri tahun ini
Menurut laporan Berita Harian, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata program berkenaan dapat membantu meringankan tanggungan kewangan perantau anak Pahang yang ingin pulang berhari raya.
"Sejumlah 1,000 penerima akan menerima baucar yang akan diadakan dalam majlis pada malam ini, manakala 4,000 lagi akan menerima baucar secara terus yang akan diserahkan kepimpinan negeri di kampung halaman masing-masing.
"Program berkenaan berbentuk pemberian baucar petrol sebanyak RM50 kepada 5,000 penerima yang merupakan perantau anak Pahang," katanya.
Difahamkan, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Pahang yang mana sebanyak 21,671 permohonan diterima
Menurut beliau lagi, melalui program berkenaan pihak Sekretariat Perantau Anak Pahang secara tidak langsung dapat menganggarkan jumlah perantau anak Pahang dan keperluan mereka.
"Oleh itu, program berkenaan diteruskan lagi pada tahun ini membabitkan 5,000 orang penerima sama seperti tahun 2024.
"Pada tahun ini, jumlah permohonan yang diterima oleh pihak sekretariat adalah sebanyak 52,411 dalam tempoh lima hari permohonan dibuka," katanya lagi.
Image via BH Online
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via