2 Guru SMJK Didakwa Atas Pertuduhan Merotan Pelajar Tingkatan 3 Dalam Bilik Disiplin

Salah seorang daripada guru tersebut telah bersara.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua guru telah didakwa menyebabkan kecederaan secara sukarela terhadap pelajar sekolah berusia 15 tahun menggunakan rotan pada 2023

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Choong Kean Beng, 59, yang kini merupakan pesara guru, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret George Town pada 6 Oktober.

Di bilik mahkamah berasingan, Lau Teik Hwa, 47, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Kedua-duanya didakwa merotan pelajar yang sama di bilik disiplin SMJK Chung Hwa Confucian sekitar jam 5.30 petang pada 6 Disember 2023 dan 4 petang pada 2 Ogos 2023, lapor New Straits Times.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat, atau kedua-duanya sekali.

SAYS.com

Choong Kean Beng (kiri) dan Lau Teik Hwa (kanan).

Image via Danial Saad/Utusan Malaysia

Majistret menetapkan ikat jamin RM6,000 untuk Chong dan RM3,000 untuk Lau

Terdahulu, ketika pihak pendakwaan meminta jaminan RM7,000 untuk Choong, peguamnya, K Mahendren, memohon jumlah yang lebih rendah, menjelaskan anak guamnya menerima pencen bulanan RM4,000 dan mempunyai seorang isteri yang sedang menentang kanser tahap 2.

Bagi Lau pula, peguamnya, Koay Ee Teng, turut memohon jaminan dikurangkan, dengan menyatakan Lau mempunyai tiga anak masing-masing berusia 11, 15 dan 18 tahun.

Kes Choong telah ditetapkan untuk sebutan pada 4 November, manakala Lau akan dibicarakan pada 11 November.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: