10 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Pesta Makan Anjing Yulin

Tak rasa kasihankah mereka pada makhluk yang comel itu?

Enlarge text
Cover ImageCover image via zenfs.com
Logo

1. Pesta Makan Anjing Yulin adalah sebuah pesta keramaian meraikan kedatangan musim panas di China

Image via

2. Ia berlangsung pada Ahad lepas walaupun para aktivis seluruh dunia telah membuat bantahan besar-besaran terhadap pesta ini

Image via change.org

3. Lebih 10,000 ekor anjing telah dikorbankan untuk dijadikan hidangan pada pesta tersebut

4. Anjing-anjing ini akan dipukul bertalu-talu di kepala, samada oleh peniaga atatu pembeli, disembelih sebelum direbus atau dibakar

5. Walaupun ada yang mempertikaikan kebersihan anjing yang dijual, tetapi memandangkan kebanyakan anjing tersebut adalah anjing peliharaan, jadi ia agak 'bersih dan sihat' untuk dimakan

Anjing liar dikhuatiri mengandungi penyakit seperti **rabies** namun nampaknya masalah ini tidak dihiraukan oleh penggemar daging anjing.

Ada di antara anjing-anjing yang ditangkap mempunyai kolar pada leher menandakan ia adalah anjing peliharaan

Image via dailymail.co.uk

6. Penyokong festival ini menyamakan makan anjing seperti sambutan Thanksgiving ataupun Hari Raya Korban ketika masyarakat dari budaya yang lain makan lembu atau ayam

Mereka mempertikaikan bahawa perlakuan makan daging anjing ini tidak banyak beza dengan makan ayam, lembu atau kambing seperti yang diamalkan dalam budaya masyarakat yang lain.

Penggemar daging anjing kelihatan seronok melapah haiwan comel tersebut

Image via dailymail.co.uk

7. Buat masa sekarang, negara China tidak mempunyai undang-undang khusus ke atas kekejaman terhadap binatang

Image via dailymail.co.uk

8. Krew media CNN telah dihalang dan diugut ketika membuat liputan tentang pesta makan anjing ini

Image via coalpower.co

9. Aktivis dari Itali mengadakan bantahan terhadap pesta Yulin di hadapan Kedutaan China di Itali

10. Yang Xiaoyun, seorang aktivis China sanggup membelanjakan sebanyak 7000 Yuan (RM4,200) untuk menyelamatkan 100 ekor anjing daripada dibunuh di pesta ini

Pesta Yulin ada menyediakan "sesi" untuk para pencinta binatang membeli anjing atau kucing daripada dibunuh dengan harga tertentu. Jika 100 ekor anjing telah diselamatkan, bagaimana dengan nasib beribu-ribu anjing yang lain?

Yang Xiaoyun (kiri) menyelamatkan anjing-anjing ini daripada dibunuh

Image via theglobeandmail.com

Makan anjing, dan membunuh binatang dengan kejam adalah dilarang di dalam agama Islam

Proses sembelihan cara Islam adalah salah satu proses mematikan binatang sekaligus iaitu binatang tidak akan rasa "terseksa" ketika disembelih. Ajaran Islam juga menganjurkan sikap berkasih sayang sesama makhluk, dan perlakuan kejam terhadap binatang adalah satu perlakuan yang tidak boleh diterima. Jadi, menjadi sebahagian dari tanggungjawab kita menghalang perlakuan kejam seumpamanya dari berlaku.

Kesimpulannya, pesta seumpama ini harus dihalang daripada terus berlaku:

Selain daripada itu, ini pula kisah-kisah pelik lain yang berlaku di China:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: