[SHARE] Teks Ucapan Punca Khutbah Jumaat Jadi Bosan Dan Lemah Longlai. Setuju?
Di kebanyakan masjid pun, khatib dilihat terlalu bergantung pada teks ucapan, menjadikan khutbah bosan dan tidak menarik untuk didengar.
Cover image via bandung.bisnis.comArtikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS.
Setiap minggu kita pergi solat Jumaat di masjid tapi susah betul nak dengar khutbah Jumaat yang menarik minat kita. Kenapa agaknya?
Setiap hari, kita terlalu sibuk menguruskan kehidupan dunia sehingga kadang-kadang tiada masa untuk pergi ke kuliah agama. **Kebanyakan kita hanya ada masa untuk solat**, tetapi tidak sempat melakukan ibadah ekstra yang lain.
Jadi, **solat Jumaat dilihat sebagai satu peluang untuk belajar sesuatu yang baru mengenai perihal agama**. Dengan adanya khutbah di masjid, barangkali kita boleh mengambil beberapa pengajaran daripada topik yang dibincangkan pada hari itu.
Image via shareilmuzone.wordpress.com
Malangnya, tiada apa-apa pengajaran pun yang kita dapat. Waktu khutbah kini lebih sinonim dengan bunyi dengkuran dan penuh dengan kelalaian.
Majoriti yang datang akan mengambil kesempatan untuk tidur. Bagi sesiapa yang tidak berniat untuk tidur sekali pun turut sama dibuai mimpi gara-gara **khutbah yang terlalu bosan**.
Bagi yang kaki sembang pula, mereka akan terus bersembang tanpa mempedulikan apa yang khatib cuba sampaikan di mimbar. Kerana mereka tahu, **tidak ada apa yang menarik untuk didengarkan**.
Persoalannya, kenapa khutbah Jumaat mesti nak kena rujuk pada teks ucapan?
Sebenarnya, ini bukanlah satu masalah pun kalau diikutkan. Sebab topik yang dibincangkan adalah berbeza setiap minggu.
**Cuma, bila khatib terlalu bergantung pada teks, khutbah terus jadi hambar dan tiada daya tarikan**. Orang pun jadi malas nak dengar. Ini bukan soal orang tak tertarik nak ambil tahu tentang agama, tetapi lebih kepada cara penyampaian khatib yang tidak berkesan.
**Adakah khatib yang salah?** Lebih baik untuk tidak menuding jari pada mana-mana pihak.
Image via www.jakim.tv
Jujurnya, saya dah tak ingat bila kali terakhir saya dengar khutbah spontan tanpa sebarang teks ucapan
Setiap hari Jumaat pergi solat Jumaat, khatib baca teks. Hari Raya Aidilfitri beberapa bulan lalu, khatib baca teks. Hari Raya Aidiladha baru-baru ini pun khatib baca teks juga. **Sampai bila nak harapkan teks? Tak boleh ke kalau khatib jadi lebih *independent*?**
Persoalan ini selalu bermain di fikiran saya. Saya yakin, setiap khatib yang dilantik di setiap masjid mempunyai kelayakan secukupnya untuk berdiri di atas mimbar bagi menyampaikan ilmu agama kepada sekalian umat Islam yang hadir. Saya juga yakin mereka cukup mahir dalam perihal agama.
**Tetapi kebanyakan mereka dilihat seperti tidak mempunyai** ***skill set*** **yang mantap**. Saya rasa lebih mudah jika saya katakan begini; **tak semestinya anda ada ilmu, anda mampu untuk bercakap di khalayak ramai.**
Image via ilmuanmalaysia.com
Saya lebih suka khatib menyampaikan khutbah dengan lenggok tutur katanya sendiri. Dengan cara itu, isi khutbah akan jadi lebih sampai dan lebih berkesan.
**Situasi apabila khatib membaca teks ketika menyampaikan khutbah adalah sama saja seperti mendengar pelajar buat** ***presentation*** **di hadapan kelas**. Kebanyakannya tak menarik, bosan, hambar, dan tak mendapat perhatian. Perasan tak?
**Kalau khutbah disampaikan secara spontan, kita boleh rasa keikhlasan dan semangat khatib dalam menyampaikan ilmu**. Khutbah pun akan jadi lebih menarik dan lebih santai. Kita tidak lagi rasa seperti berada di dalam kelas.
Saya pasti ramai jemaah jadi lebih segar, pada masa yang sama akan **timbul rasa serba salah atau rugi jika mereka melepaskan peluang mendengar khutbah tersebut**. Jika khutbah lebih berkesan, pengajaran yang disampaikan juga lebih mudah diterima.
Image via PROmediaTAJDID/YouTube
Macam saya cakap tadi, sebenarnya tak ada masalah pun kalau pakai teks. Cuma, cara penyampaian tu yang perlu digilap lagi.
Saya percaya, terdapat mesej atau ilmu yang begitu bermakna untuk disampaikan dalam setiap khutbah setiap minggu. **Ilmu itu sudah pun terpempang di atas kertas, tinggal nak sampaikan je**. Tetapi cara penyampaian perlulah bertenaga dan bersemangat.
Dalam kesibukan kerja dan menguruskan rutin harian, pastinya ramai yang merasa penat ketika tempoh berada di masjid. **Jadi, inilah masanya untuk khatib menaikkan moral para jemaah dengan memberikan khutbah yang amat memberangsangkan**.

