Sambungan Voice Note Zara Qairina Kepada Ibu Tular – “Dia Tengok-Tengok Sekilas, Zara Takut”

Pelajar Tingkatan Satu itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah agama di Papar 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakaman suara keempat melibatkan perbualan dipercayai milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, bersama ibunya, Noraidah Lamat, 45, kini tular di media sosial

Menerusi laporan Sinar Harian, rakaman suara berdurasi hampir dua minit itu dipercayai menjadi sambungan kepada rakaman yang tular sebelum ini.

Ia mengandungi luahan dipercayai daripada Zara Qairina mengenai rakannya, Yasmin, yang didakwanya turut menjadi mangsa gangguan oleh sekumpulan pelajar senior disebabkan fitnah yang diceritakan sebelum ini.

Zara dilihat memberitahu ibunya bahawa rakan-rakan tidak mempunyai pilihan selain menurut arahan apabila dipanggil oleh senior.

"Mak, mak, masalahnya macam mana dia tidak pergi. Kakak tu sendiri yang cari dia di kelas, lepas tu kakak tu sendiri suruh, 'kau pegi naik atas sekarang'. Lepas tu kakak tu ikut dia dari belakang. Macam mana dia mahu lari?

"Si Yasmin pun ikut Masuk-masuk saja ke kelas, terus dia menangis mak. Lama mak (dipanggil). Mahu dekat satu jam begitu," kata Zara.

SAYS.com
Image via SAYS

Arwah didakwa pernah mendapat amaran secara halus

Menerusi rakaman suara itu lagi, arwah didakwa telah terima amaran secara halus hanya melalui renungan tajam yang cukup membuatkannya berasa terancam.

"Hari itu pun dia tengok-tengok Zara sekilas, sudah Zara takut. Apa lagi ini," katanya.

Ibunya kemudian menasihati agar jika Zara Qairina dipanggil lagi, dia boleh memberi alasan untuk beredar namun remaja itu menjelaskan tindakan seperti itu hanya akan memburukkan keadaan.

"Mak, mak, makin dikata begitu, makinlah dia marah," balasnya.

Sementara itu, peguam mewakili Noraidah, Hamid Ismail mengesahkan rakaman suara keempat tersebut adalah sah milik suara anak guamnya dan Zara Qairina.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: