11 Sebab Kenapa Saya Rasa Tinggal Di Hostel Lebih ‘Best’ Daripada Duduk Rumah Sewa
Rasa macam nak 'repeat' balik zaman belajar.
Cover image via SAYSArtikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS.
Sepanjang menjadi pelajar dulu, saya memang tak pernah duduk rumah sewa. Tempoh 5 tahun setengah belajar di sebuah universiti tempatan banyak dihabiskan hanya di dalam kampus.
Saya merupakan bekas pelajar UIAM. Saya menghabiskan setahun setengah yang pertama di Nilai, Negeri Sembilan untuk peringkat Asasi dan 4 tahun kemudiannya di kampus Gombak untuk peringkat Ijazah.
Walaupun rumah keluarga saya hanya 5 minit dari kampus Gombak, saya tetap memilih untuk tinggal di hostel. Saya tak nak duduk rumah.
Kenapa? Sini saya senaraikan beberapa sebab:
Image via SAYS
1. "Bila lagi nak merasa jadi students?"
Ini salah satu sebab utama kenapa saya memilih untuk tinggal di hostel. Sebab saya fikir, ini sahaja masanya untuk saya *experience* sendiri macam mana hidup sebagai seorang pelajar di kampus. Bila dah kerja nanti, mesti saya akan duduk rumah dengan keluarga. Jadi saya fikir ini merupakan satu peluang yang perlu saya ambil.
Lagipun, pengalaman saya tinggal di asrama penuh sepanjang 5 tahun di bangku sekolah menengah dulu membuatkan saya begitu suka dengan suasana hidup di hostel. Tak pernah bosan.
Image via SAYS
2. Murah dan murah
Tempoh satu semester adalah lebih kurang 4 bulan. Kalau duduk hostel, pelajar kena bayar RM430 untuk satu semester. Jika dibahagikan dengan 4, yuran sebulan hanyalah dalam RM107.50. Ini dah termasuk dengan bayaran elektrik.
Mana nak cari yuran semurah ini kalau sewa rumah di luar kampus? Mungkin boleh tapi satu rumah kena sumbat 10 orang. Tapi itu belum termasuk bil elektrik, bil air, dan macam-macam bil lagi.
Berdasarkan *survey* yang saya buat, pelajar yang duduk rumah sewa sekurang-kurangnya kena keluarkan RM200 sebulan untuk bayar rumah sahaja.
Image via Twitter @DearUlayyis
3. Makan senang dan juga murah
Bukan setakat yuran hostel, makan di hostel juga lebih murah. Maklumlah dalam kampus. Peniaga mana boleh letak harga mahal-mahal untuk *students* nanti kena *report*. Kalau makan di hostel, nasi + sayur + ayam untuk makan tengahari boleh dapat harga serendah RM4.50! Kalau di luar, ayam saja dah RM4.
Senang kata, bajet RM10 untuk makan sehari memang munasabah. Harus diakui, selalunya restoran-restoran di luar harganya sedikit mahal. Jadi pelajar-pelajar yang tinggal di rumah sewa yang nak betul-betul jimat, kena masak setiap hari. Itu pun kalau rajin.
4. Kenderaan tak payah ada pun tak apa
Betul. Tak semua pelajar memerlukan pengangkutan bila tinggal di dalam kampus. Boleh kata kebanyakan tempat hanyalah *walking distance*. Nak pergi kelas, nak pergi makan, nak pergi bersukan semuanya boleh jalan kaki saja.
Cuma kalau ada motosikal atau kereta, urusan untuk ke sana ke mari akan jadi lebih mudah dan lebih cepat. Macam saya kata tadi, pengangkutan bukanlah satu benda wajib yang pelajar perlu ada kalau duduk di hostel.
Image via www.nfnaf.my
5. Senang nak join program atau buat group discussion
Hidup di universiti memang diwarnai dengan pelbagai program. Hari-hari ada ceramah itu ceramah ini, ada teater, ada *Annual Grand Dinner*, ada *Annual Grand Meeting*, ada tutorial, dan ada macam-macam lagi. Pelajar kalau tak *join* mana-mana program ni memang akan rugi besar. Serius banyak manfaat yang boleh kita dapat bila hadir ke program.
Tinggal di kampus, nak buat *group discussion* pun senang. Kadang-kadang *group member* yang lain selang satu bilik je. Tak payah susah-susah nak pergi tempat lain. Sambil buat *discussion* boleh juga lawan PES se-*round*.
Image via SAYS
6. Lebih kemas dan lebih teratur
Antara perkara yang paling saya suka tentunya jumlah ahli dalam satu bilik hostel. Macam di universiti saya, jumlah ahli dihadkan kepada 4 orang sahaja (kebanyakannya). Dalam setiap bilik ada *private compartment* untuk setiap orang. Ada katil sendiri, almari sendiri, meja belajar sendiri, rak buku sendiri, semuanya khas untuk pelajar.
Berbeza dengan rumah sewa, kadang-kadang ada yang satu rumah sumbat sampai 10 orang. Bila dah ada 10 orang dalam satu rumah, memang susah sikitlah nak kemas. Mesti akan bersepah dan tak teratur. Untunglah kalau dapat *housemates* yang pembersih. Tapi dalam ramai-ramai tu, mungkin seorang dua saja yang macam tu kot.
Image via Twitter
7. Lebih selamat sebab ada curfew
Pada pendapat saya, *curfew* adalah satu perkara yang wajib ada bagi mana-mana hostel sekali pun. Bila ada *curfew*, barulah *students* pandai nak balik hostel dan tak *stay* lama-lama kat luar. Saya pernah tinggal di hostel yang ada *curfew* dan yang tak ada *curfew*. Perbezaannya memang ketara sangat.
Tinggal di hostel, kita akan terikat dengan peraturan universiti. Ini bermakna, keselamatan para pelajar juga adalah di bawah tanggungan pihak universiti. Pihak keselamatan harus memastikan kawasan universiti selamat daripada segala perkara yang tidak diingini.
8. Kemudahan perubatan
Kalau tak silap saya, semua IPTA pun ada kemudahan perubatan untuk pelajar. Siapa yang sakit, boleh pergi dapatkan rawatan di klinik secara percuma. Kemudahan ini tidak tertakluk kepada pelajar yang duduk hostel sahaja. Asalkan anda bergelar pelajar di universiti tersebut, anda berhak mendapatkan rawatan.
Kemudahan Ini juga disediakan 24 jam. Ini penting kerana sekiranya ada pelajar yang sakit di tengah malam, katakanlah pukul 4 pagi, pelajar itu boleh terus pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Dan kalau sakit itu terlalu serius, pelajar boleh *call* pihak klinik untuk meminta bantuan ambulans. Segalanya percuma!
9. Guna kemudahan universiti sepenuhnya
Petang-petang nak *jogging*, boleh pergi ke stadium. Nak lari keliling universiti pun seronok juga. Nak main futsal atau tennis atau *basketball*? Gelanggang ada disediakan. Nak berenang? Kolam renang pun ada. Nak buat *assignments* tapi tak ada laptop? Boleh gunakan lab komputer universiti tanpa perlu meminjam dari rakan.
Senang kata, banyak kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar yang tinggal di hostel. Apa yang saya nampak, kalau duduk di luar, kemudahan-kemudahan yang tersedia ini tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh pelajar.
Image via SAYS
10. Kawan-kawan lebih dekat senang nak berurusan
Bila semua palajar ada di satu tempat, kan lebih mudah untuk berkumpul. Nak jumpa kawan-kawan pun senang. Boleh juga buat *room hopping* kalau rajin. Pergi bilik kawan-kawan tengok makanan apa yang mereka ada untuk kita 'pau' sedikit. Hehe.
Kalau ada *emergency* nak minta hutang pun lebih senang. Bila fikir balik, ke mana je kawan tu boleh lari?
Image via SAYS
11. Paling best, boleh gerak lambat pergi kelas 😀
Yang ini tak dapat dinafikan. Kelas pukul 8 pagi, pukul 7.30 baru bangun. Mandi-mandi, siap-siap, pakai baju, *touch up* muka sikit (bagi perempuan), dan *voilaa*! Dah siap untuk pergi ke kelas.
Pukul 7.55 pagi baru gerak, pukul 8 pagi dah sampai kelas. Paling lambat pun 8.15 pagi lah masuk kelas. Pergi *exam* pun sama jugak. Boleh *study* sampai ke minit-minit terakhir. 5 minit *exam* nak *start* baru gerak ke dewan.
Tapi tak semestinya *pointer* tinggi lah. 😛
Image via SAYS

