Isu Kekosongan Jawatan Guru, Proses Temu Duga & Pengambilan Tetap Diadakan 2 Kali Setahun – Fadhlina

Langkah ini bagi memastikan PdP di bilik darjah tidak dijejaskan dengan kekurangan guru di sekolah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NewsPlus
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Proses temu duga dan pengambilan guru tetap dilaksanakan sebanyak dua kali setahun mulai tahun ini bagi mengatasi masalah kekosongan guru

Menerusi laporan Buletin TV3, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kerajaan turut membuka sistem permohonan sepanjang tahun bagi mempercepat penempatan guru.

"Sebagai langkah memastikan kekosongan guru tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah, Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan penempatan guru secara interim dan penempatan semula secara bersasar.

"Selain itu, KPM sudah menubuhkan Sekretariat Bersama KPM-KPT yang berperanan menyelaras data unjuran keperluan guru secara bersepadu agar pengeluaran graduan pendidikan oleh universiti awam dan institut pendidikan guru dapat memenuhi keperluan sebenar di sekolah.

"KPM sentiasa melaksanakan langkah sewajarnya dan menyeluruh bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman sentiasa terjamin," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via XtraImage via

Lebih daripada 1,000 guru baru dilantik dalam pengambilan khas di Sarawak

Menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan), Fadhlina berkata seramai 4,737 orang guru bersara wajib bagi tempoh 2020 hingga 2025 di Sarawak.

"Daripada jumlah berkenaan, seramai 737 orang guru bersara wajib pada 2020; 774 orang guru (2021); 650 orang guru (2022); 664 orang guru (2023); dan 789 orang guru pada 2024.

"Bilangan guru di Sarawak yang bersara awal dari 2020 hingga 2024, secara purata adalah seramai 241 orang setahun
.

"Seramai 1,068 orang guru berjaya dilantik dalam urusan pengambilan khas itu dan melapor diri ke sekolah bermula 13 Februari 2025," katanya.

Menurutnya, KPM sentiasa komited dalam mengisi kekosongan guru di sekolah rendah dan menengah seluruh negara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: