Fakta 97.7% Lelaki Suka Wanita Bertudung Bawal Adalah Palsu. Lelaki Inilah Punca Sebenar!
IMHO rakyat Malaysia senang sangat percaya fakta tanpa bukti.
Cover image via Nuriyliamalek/Twitter*Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS*
Baru-baru ini kecoh di laman Facebook apabila satu fakta mengenai pendapat lelaki di Malaysia telah disebarkan. Fakta tersebut berbunyi "97.7% lelaki di Malaysia berpendapat wanita memakai tudung bawal kelihatan lebih cantik."
Image via ladyshanasweet.blogspot.com
Fakta tersebut pada awalnya telah dikeluarkan oleh satu page di laman Facebook bernama Aliff Channel dan telah mendapat banyak respon daripada netizen yang kebanyakannya wanita
Image via Aliff Channel/Facebook
Sehingga kini *post* tersebut telah mendapat lebih 18 ribu *likes* dan lebih 10 ribu *shares*. Malah ia juga masih menjadi buah mulut di media sosial. Biasalah apabila bercerita mengenai wanita ni pasti saja menjadi bualan ramai, lagi-lagi mengenai penggayaan tudung yang wanita gunakan.
Rupa-rupanya memang ramai wanita terkesan dengan fakta tersebut. Ada yang marah, ada yang tak mahu ambil peduli dan ada juga yang suka. Kelakar pulak rasanya bila baca.
Apabila saya menyusur ke ruangan komen, ada yang kata 100% wanita tak peduli pun tentang isu bawal ni. Ingat mereka kisah ke pasal lelaki?
Image via Aliff Channel/Facebook
Image via Aliff Channel/Facebook
Selain itu ada juga yang cakap "model lawa bolehlah cuba kalau…"
Image via Aliff Channel/Facebook
Memang banyak komen yang diutarakan. Sesetengah netizen juga ada mengatakan mereka memakai tudung kerana Allah SWT. Bukan sebab lelaki. Ya, ini saya sendiri setuju.
Image via Aliff Channel/Facebook
Tetapi ada sesetengah yang agak emosi. Hehe…
Image via Aliff Channel/Facebook
Namun, memang tak dinafikan kebanyakan lelaki bersetuju dengan 'fakta' tersebut walaupun bukan semua
Ramai golongan lelaki bersetuju dengan 'fakta' ini tetapi ada juga yang tidak setuju sambil mengemukakan baki peratusan yang salah. Agaknya tersalah pandang angka *kot* tak pun kalkulator tak berfungsi dengan sempurna. Tak mengapa tiada apa yang perlu dipertikaikan kerana masing-masing mungkin hanya mengeluarkan pendapat secara suka-suka semata-mata.
Image via Aliff Channel/Facebook
Image via Aliff Channel/Facebook
Tetapi cuba anda fikir, adakah valid statistik tersebut sekiranya sesetengah lelaki sendiri tidak kenal jenis tudung? Seperti komen-komen di bawah.
Image via Aliff Channel/Facebook
Anda cuba *search* di Facebook "97.7% lelaki Msia berpendapat bla bla bla…" dan anda lihatlah sendiri terlalu banyak *page* yang berkongsi fakta palsu ini dan apa yang melucukan ia menjadi bahan bualan semua netizen terutamanya wanita. Pernah tak terfikir bagaimana data itu diambil sedangkan saya sendiri sebagai lelaki tidak pernah disoal atau menjadi responden kajian tersebut. Jadi adakah ia ***legit***?
Image via Superdoofus/Facebook
Bertambah viral apabila sebuah blog telah mengambil 'fakta' tersebut dan menjadikannya sebagai headline sehingga mendapat beribu-ribu share di Facebook. Kurang pasti apa sebab netizen share tapi yang pasti ia telah menjadikan 'fakta' tersebut seolah-olah fakta sahih.
Jadi siapakah yang memulakan 'fakta' palsu tersebut? Sebelum saya rungkaikan isu ini, terlebih dahulu saya meminta anda semua bersabar dan kalau boleh tidak terlalu emosi. Jeng..jeng..jeng..
Image via Jedi Beraya/Twitter
Sebenarnya fakta palsu tersebut telah di-*tweet* terlebih dahulu di Twitter yakni dilakukan oleh **saya** sendiri. Tunggu! Jangan marah dulu. Saya sendiri tidak pernah *expect* ia akan menjadi isu hangat di Twitter malah berlarutan di laman Facebook. *Tweet* tersebut memang *random.* ***Sooooooo random!***
Ia hanyalah *tweet* yang menggambarkan pendapat saya sendiri dan mewakili beberapa rakan lain. Angka yang diletakkan hanyalah *random* dan bagi saya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia adalah *Twitter* yang mana setiap orang menggunakan medium ini untuk *tweet* apa yang mereka mahu.
Tetapi ia menjadi viral apabila *tweet* tersebut telah mendapat begitu banyak *Retweet* dan dibawa pula ke medium lain.
Image via Jedi Beraya/Twitter
Ini dia!
Sudah tentu ramai yang mengecam saya di Twitter dan take serious tweet tersebut sedangkan sedia maklum bahawa kita tak boleh percaya 100% terhadap maklumat yang tersebar luas di internet
Image via Jedi Beraya/Twitter
Dan komen-komen sedemikian masih lagi 'berjalan' termasuklah ketika saya sedang menulis artikel ini. Boleh cakap *notification* tak henti-henti masuk.
Tapi betul ke perempuan bertudung bawal hanya kelihatan cantik jika mereka sudah sedia cantik?
Image via Jedi Beraya/Twitter
Nampaknya 'fakta' yang saya sendiri keluarkan telah menjadi begitu hangat dan ada sesetengah wanita tidak boleh terima dan menganggap ia serius. Maaf jika anda salah seorang daripadanya.
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
Kalau 100% wanita tak peduli pun dengan 'fakta' tersebut, kenapa ada yang sampai kena gali balik tudung bawal? =P
Nak gelak pun ada, nak rasa bersalah pun ada. Yelah, salah saya sendiri kerana mencari nahas memulakan isu tersebut. Hehe…Tetapi tindakan sesetengah netizen juga di luar jangkaan.
Image via Jedi Beraya/Twitter
Sampai ada yang sanggup *screenshot* perbualan bersama buah hati *(sunshine)* di **Whatsapp** dan *tweet*-kan kepada saya sebagai bukti.
Ketika ini saya baru sedar, memang besar isu tudung bawal ini dan ia bukanlah topik terbaik buat pasangan kekasih mahu bicarakan. Lelaki *take note!*
Semakin hari semakin banyak isu berbangkit. Saya yakin ramai wanita agak geram dan dalam masa yang sama ingin membuktikan pemakaian tudung bawal bukanlah senang seperti yang disangka kebanyakan lelaki.
Image via Intan Jaliah/Facebook
Image via DAYANA/Twitter
Image via IMANIMEX
In My Humble Opinion… setiap orang mempunyai citarasa masing-masing dan cantik itu subjektif. Mungkin cantik di mata kita tetapi tidak di mata orang lain.
Setiap orang sememangnya dilahirkan cantik dan indah kerana kita adalah sebaik-baik kejadian. Mungkin ramai yang marah kerana pemakaian tudung bukanlah untuk lelaki semata-mata tetapi lebih kepada menurut tuntutan agama. *I second that…* Malah, perempuan juga diingatkan untuk mengelakkan memakai sesuatu yang menarik perhatian lelaki dan lelaki harus menjaga mata mereka.
Tetapi sebagai seorang manusia, pastinya saya dan juga anda suka melihat sesuatu yang cantik dan indah. Memang itu sifat semulajadi manusia. Tetapi jika anda baca semula tweet tersebut, saya mengatakan wanita kelihatan lebih cantik apabila mengenakan tudung bawal. Ini pendapat saya. Pendapat orang lain mungkin berbeza.
Image via Instagram @aidijuma
Sebelum saya akhiri artikel ini, pernah tidak anda terfikir mengapa ia dipanggil tudung bawal?
Image via Azmel Marainal/Facebook
Ini ke jawapannya? Saya sendiri pun tak tahu. =D


