Doktor Malaysia Kerja Di Taiwan Bangga Tutur Bahasa Melayu Bantu Pesakit Indonesia

Pentingnya tahu lebih dari satu bahasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Jymalva
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang doktor Malaysia yang bekerja di Taiwan baru-baru dikagumi kerana menggunakan Bahasa Melayu untuk membantu rawat pesakit Indonesia

Bagi rakyat Malaysia menggunakan pelbagai bahasa adalah satu perkara yang sangat biasa dan tidak dipandang.

Namun keupayaan untuk bercakap dalam pelbagai bahasa menjadi satu perkara yang asing untuk ramai orang di luar Malaysia.

Baru-baru ini Doktor Jy Malva telah mengongsikan video betapa pentingnya merawat pesakit dalam bahasa yang mereka faham.

Cara paling efektif untuk berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sama

"Cakap sahaja dalam bahasa orang lain, guna perkataan yang mudah untuk difahami." kata Doktor Jy Malva di Instagram.

Dia juga mengatakan Bahasa Melayu yang digunakannya sedikit merosot.

Ramai netizen memuji Doktor Jy dan mengatakan perkara sebegini sangat biasa untuk Malaysia.

Ada juga yang berkongsi pengalaman rakan mereka di Ireland di mana Bahasa Melayu digunakan untuk berkomunikasi dengan pesakit Bangladesh.

Doktor Jy Malva adalah seorang doktor kardiologi yang khusus dalam diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit jantung dan sistem kardiovaskular.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: