Tasha Shilla Dituduh Mabuk Dan Serang Bekas Teman Lelaki Di Kelab. Biar Betul?
Bekas teman lelaki Tasha Shilla juga dikatakan dipukul oleh 40 orang lelaki dalam malam yang sama.
Cover image via SAYSTasha Shilla adalah salah seorang pelakon yang popular di dalam industri seni tanah air
Image via rotikaya.com
Tasha Shilla juga pernah bercinta dengan seorang peninju Muay Thai profesional yang dikenali sebagai Hans. Tetapi sayangnya, cinta mereka terputus di tengah jalan.
Image via mynewshub.cc
Image via beautifulnara.com
Dan sekarang, Hans sudah pun mempunyai pengganti atau kekasih baru yang bernama Carmen Emirda
Image via Instagram Carmen Emirda
Semalam, kecoh apabila Carmen memuat naik gambar bersama Hans dengan caption seolah-olah menuduh Tasha Shilla membuat serangan fizikal ke atas mereka
Image via Instagram Carmen Emirda
Image via Instagram Carmen Emirda
Menurut Carmen, Tasha telah menyerang dia dan Hans di sebuah kelab, dan Tasha juga telah disimbah air oleh orang ramai kerana kelakuannya itu. Selepas itu, Carmen mendakwa Tasha telah menghantar 40 orang lelaki untuk memukul Hans.
Image via Instagram Carmen Emirda
Adakah benar dakwaan Carmen? Rata-rata peminat Tasha Shilla tidak percaya dengan tuduhan tersebut, dan bertindak membuat serang balas di Instagram wanita berkenaan.
Image via Instagram Carmen Emirda
Image via Instagram Carmen Emirda
Image via Instagram Carmen Emirda
Walau bagaimanapun, Carmen telahpun upload gambar laporan polis yang dibuat oleh Hans ke atas Tasha Shilla itu ke Instagram miliknya
Image via Instagram Carmen Emirda
"Pada 28/8/2015, jam lebih kurang 03300HRS, semasa berada di Zouk Club 435, Jalan Tun Razak KL, saya dan rakan (Daniel Raj) telah dipukul oleh beberapa orang lelaki Melayu. Kejadian ini berpunca daripada selisih faham saya dengan bekas teman wanita saya, Tasha Shila (Natashashiela bt Abdul Razak). Semasa di dalam kelab, saya telah berjumpa dengan Tasha Shila untuk bersalaman dengannya, tetapi tidak diendahkan. Secara tiba-tiba Tasha Shila datang ke meja saya. Dalam masa sama, Tasha Shila juga telah menampar muka dan juga menendang kaki saya, tetapi saya tidak endahkan kerana dia berada dalam keadaan mabuk."
"Orang ramai yang berada dalam kelab telah menarik Tasha Shila untuk mengelakkan pergaduhan. Disebabkan Tasha Shila berada dalam keadaan mabuk, orang ramai telah menyimbahnya dengan air dan beberapa orang pengawal telah menghalau Tasha Shila keluar dari kelab tersebut. Semasa saya dan rakan Daniel Raj pergi ke tempat letak kereta, tiba-tiba datang lebih kurang 30 ke 40 orang datang menyerang kami. Kunci kereta telah dirampas oleh bapa kepada Tasha Shila."
Sementara itu, Tasha Shila kekal tenang seperti tiada apa yang berlaku
Kami melawat akaun Instagram Tasha Shilla. Nyata Tasha kekal tenang, *upload* gambar seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Image via Instagram Tasha Shilla
Terdahulu, Tasha Shilla turut mencetuskan kontroversi apabila gambar separa bogelnya tersebar luas di laman sosial sejurus selepas percintaannya dengan Hans putus
Image via www.ohdunia.my
Kaka Azraff, rakan baik Tasha Shilla dituduh menjadi orang ketiga yang menyebabkan putusnya percintaan tersebut dan menjadi dalang penyebaran gambar bogel Tasha Shilla.
Namun demikian, Kaka Azraff telah menafikan perkara itu. Tasha Shilla juga dikatakan telah membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat peguam untuk kes ini. Namun perkembangan selanjutnya tidak dapat dikenal pasti.
Kaka menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu fitnah yang sangat besar.
Image via extra.tonton.com.my

