Stacy AF Masuk Islam, Akim Bengang Orang Sebarkan Videonya Lafaz Syahadah
Stacy yang sebelum ini beragama Krisitan dilaporkan telah sah memeluk Agama Islam.
Cover image via www.facebook.coPenyanyi terkenal kelahiran Akademi Fantasi (AF), Stacy AF dilaporkan telah selamat memeluk Agama Islam semalam
Image via www.budiey.com
Sumber melaporkan Stacy AF telah datang ke pejabat Agama Islam di Johor Bahru semalam untuk memeluk Agama Islam dan ditemani oleh ibu dan bapa teman lelakinya iaitu Akim AF
Image via www.facebook.com
Berita gembira ini diketahui umum apabila ada pihak memuat naik gambar serta video Stacy AF melafazkan syahadah dan ianya telah menjadi viral di laman sosial
Rata-rata netizen nampaknya gembira dengan keputusan yang dilakukan Stacy AF untuk memeluk agama Islam
Image via www.facebook.com
Dikhabarkan juga Stacy AF telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau
Image via www.mstar.com.my
Sementara itu, Akim AF nampaknya meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap individu yang menyebarkan gambar dan juga video Stacy AF memeluk Agama Islam
Image via www.twitter.com
Menurut Akm AF, privacy seseorang itu patut dihormati dan individu tersebut merakamkan serta mengambil gambar Stacy AF tanpa kebenaran
Image via www.twitter.com

