Orang Johor “Serang” Erma Fatima Sebab Hina Sultan?
Bak kata pepatah: "Khabar jauh didengar-dengar, khabar dekat difikir-fikir"
Cover image via paparazzi.myBelum sampai seminggu berlangsungnya istiadat kemahkotaan Sultan Johor kelima pada 23 Mac lalu, timbul pula satu isu panas yang mengaitkan nama pengarah terkenal, Erma Fatima
Apa yang telah Erma lakukan? Beliau didapati memuat naik gambar seekor singa duduk di atas takhta dengan latar belakang merah biru, beserta kapsyen puitis yang didakwa seolah-olah menghina Sultan Johor.
Image via Instagram Erma Fatima
Dalam sekelip mata, posting itu mendapat perhatian. Orang ramai terutama rakyat negeri Johor bertindak "menyerang" dan mencemuh tindakan beliau yang begitu lantang mempersenda golongan pemerintah.
Image via Oh Bulan
Erma kemudian telah meminta maaf atas tidakannya yang tidak sengaja mengusir perasaan sesetengah pihak dan menerangkan motif sebenar gambar dan kapsyen itu dimuatnaik
Image via http://www.malaysiandigest.com
Image via Instagram Erma Fatima
Adik kepada pengarah dan pelakon tersebut, Umie Aida turut mempertahankan tindakan Erma dan memberitahu baginya perkara itu langsung tidak ada kena mengena dengan sultan
Image via Instagram Umie Adia
Walau bagaimanapun, perkara itu hanyalah salah faham menurut Erma Fatima. Mungkin kerana 'timing' gambar itu dimuat naik hanya beberapa hari selepas hari kemahkotaan Sultan Johor
Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Erma dihadapkan dengan kontroversi
Antara kontroversi yang dihadapnya termasuklah kontroversi pelakon berkemban di dalam filem 'Tahta 3 Ratu', gambarnya hisap rokok yang tersebar di laman sosial dan kes Rebecca Nur Islam menyamannya untuk drama 'Dejavu Di Kinabalu'.
Image via www.pingje.org
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi setiap hari!
MOST READ

