Walaupun Kutip RM3 Juta Dalam 4 Hari, Filem 'Mat Moto' Tetap Dihentam Orang Ramai

Kutipan tinggi tapi lagi ramai orang kutuk. Peliknya.

Cover ImageCover image via SAYS

Bila dengarkan tajuk 'Mat Moto', terus anggap filem ni macam filem Melayu typical lain yang tak mendapat sambutan dan hambar

Image via

Bila tengok pada poster filem, mungkin ramai yang akan rasa tak tertarik. Sebab dah terlalu banyak dah filem-filem sebelum ni yang memfokuskan kepada kehidupan seorang mat moto.

Ditambah pula dengan *tagline* **'Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit'**, tarikan yang ada pada filem ini memang tak cukup kuat.

Tapi harus diakui, barisan pelakon utama filem ini semuanya "ada isi". Antaranya seperti **Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Rosyam Nor**, dan **Zulhuzaimy** yang mana semua pun cukup popular.

Untuk trailer filem pula, tidak ada apa-apa yang istimewa. Babak-babak lumba motor juga seperti sudah sinonim dengan kebanyakan filem bergenre sama sebelum ini.

TETAPI….

Baru saja sehari ditayangkan, filem Mat Moto sudah berjaya mengaut RM1 juta kutipan di pawagam. WOW! Tiada siapa yang sangka perkara ini boleh berlaku.

Dan selepas empat hari tayangan, Mat Moto dapat kutip lebih RM3 juta! Ok now we're talking.

Image via

"Percubaan kami nyata membuahkan hasil," kata Datuk Yusof Haslam.

Datuk Yusof Haslam (kanan), bersama Pekin Ibrahim, Syafiq Yusof, dan Falisha Crossley.

Image via Instagram @falishacrossley

Namun begitu, walaupun kutipan sangat memberangsangkan, rata-rata netizen nampaknya mengutuk keras filem ini. Ramai yang rasa tertipu dan menyesal, serta menganggap filem ini tak ada kualiti langsung.

Image via HOT FM/Facebook

Image via HOT FM/Facebook

Pelik kan?

Kutipan letup-letup tapi lagi ramai orang yang kutuk daripada yang memuji. Kami sendiri rasa hairan.

Image via

Ada siapa-siapa yang dah tengok ke? Cuba share sikit pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah baca tentang filem OlaBola?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: