Lindsay Lohan Salah Erti Perkataan “Keldai” Sebagai “Cantik” Dalam Posting Terbarunya
Kena berhati-hati kalau nak guna perkataan yang kita tidak berapa pasti maksudnya.
Cover image via imgur.comBulan lepas, nama Lindsay Lohan menjadi perbualan hangat apabila beliau memuat naik gambar ayat Al-Quran di Instagram miliknya
Dan disebabkan gambar itu, ramai yang mula membuat andaian bahawa beliau telah menerima hidayah untuk memeluk Islam.
Image via Instagram Lindsay Lohan
Selepas isu tersebut reda, timbul pula satu lagi isu semalam apabila Lindsay memuat naik gambar berupa ayat motivasi dalam bahasa arab yang memberi maksud "Anda cantik."
Image via time.com
Jadi, apa sebenarnya yang menjadi masalah di sini?
Gambar itu menjadi bahan ketawa orang ramai kerana perkataan arab yang tertera pada gambar tersebut bukan bermaksud "anda cantik." Sebaliknya, ia bermaksud "anda KELDAI."
Image via SAYS.com
Kalau tak percaya cuba guna *Google Translate*.

