Anda Tahu Tak Neelofa Ada Kembar Ratu Cantik Dunia? Serius Sekali Pandang Memang Sama!
Alahai kenapa cantik sangat?
Cover image via SAYSSekarang ni bila cakap je nama Neelofa, satu Malaysia kenal. Kalau dulu beliau popular, kini beliau sangat sangat sangat popular. Semuanya dek kerana drama 'Suri Hati Mr Pilot' yang tengah hot ditayangkan di Astro Ria sekarang.
Memang ramai dah lama menunggu kemunculan semula Neelofa dalam dunia lakonan. Boleh dikatakan sejak beliau 'berhijrah', kami tak nampak pun muka beliau berlakon di kaca TV. Sama ada tiada tawaran lakonan atau Neelofa sendiri tak *ready* kami pun tak tahu.
Image via Instagram @neelofa
Apa yang kami tahu drama **'Suri Hati Mr Pilot'** ni memang tengah meletop-letop sekarang. Sana sini orang bercakap mengenainya. Mana tidaknya digandingkan pula dengan pelakon kacak, Fattah Amin, ramai yang mengatakan mereka kelihatan sangat serasi dan sepadan untuk memegang watak sebagai suami isteri.
Eh, eh tapi bukan pasal drama tersebut yang kami nak ceritakan. Kami nak cerita yang kami baru saja menjumpai kembar Neelofa. Sekali pandang, serius kami ingatkan Neelofa!
Masa mula-mula nampak gambar ni, kami ingatkan beliau adalah Neelofa yang dulu sebelum berhijrah, rupa-rupanya anggapan kami salah. Beliau adalah **Kylie Verzosa**, atau nama penuhnya **Kylie Fausto Verzosa** iaitu **Miss International 2016** yang berasal dari Filipina.
Kylie Verzosa atau lebih mesra dipanggil Kylie merupakan wanita keenam dari Filipina yang telah dinobatkan sebagai Miss International. Wah, orang-orang filipino ni memang cantik-cantik agaknya. Jom kita usha gambar beliau!
Image via Instagram @kylieverzosa
Image via Instagram @kylieverzosa
Image via Instagram @kylieverzosa
Tengoklah, kalau orang dah cantik pakai apa pun cantik. Betul tak?
Image via missosology.info
Image via Instagram @kylieverzosa
Image via stagram @kylieverzosa
Nak kata 100% sama tu memanglah tidak. Tetapi ada beberapa ketika wajahnya memang kelihatan mirip seperti Neelofa. Contohnya seperti di bawah:
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
Ironinya kalau anda nak tahu, Neelofa sendiri *follow* Kylie di Instagram. Mungkin Neelofa sendiri sedar yang beliau mempunyai kembar yang cantik di Filipino.
Bagaimanapun, *followers* Neelofa di Instagram JAUH lebih ramai berbanding Kylie. Neelofa kini mempunyai lebih **3.7 milion** *followers*, manakala Kylie mempunyai lebih kurang **223 ribu** *followers* di Instagram.
Bila dipecahkan melalui kiraan matematik, 223 ribu itu hanyalah 6% daripada 3.7 juta. Ternyata Neelofa jauh mendahului sebanyak 94%.
Follow beliau dan *stalk* lah sekarang!
[Kylie Verzosa](https://www.instagram.com/kylieverzosa/?hl=en)
Last but not least, nah jangan cakap akak tak payung! 😛
Image via www.philnews.xyz


