Kek Hari Jadi Neelofa Bernilai RM6 Ribu, Siap Bertatahkan Kristal Swarovski!

Untungnya jadi Neelofa ni (^.^)

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram @neelofa
Logo

Buat pengetahuan semua, pada 10 Februari lalu, pelakon cantik Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27

Sambutan majlis hari jadi tersebut diadakan di sebuah **hotel mewah** terkemuka di ibu kota iaitu **JW Marriot Kuala Lumpur.** Sambutan hari jadi tersebut sangat meriah diraikan bersama keluarga dan teman-teman rapatnya.

Sudah menjadi lumrah buat selebriti Malaysia menyambut hari jadi di hotel-hotel mewah. Tetapi apa yang membuatkan kami terkejut, kek hari jadinya sahaja bernilai RM6 ribu. Wow!

Pasti anda juga turut **tergamam** apabila mendapat tahu harga sebiji kek ini bukan? Sebenarnya, kek ini **bertatahkan 5 ribu kristal swarovski** yang ditempah khas dari [@butterflykek](https://www.instagram.com/butterflykek/). Jadi, tidak hairanlah jika harganya sangat tinggi berbanding kek hari jadi yang lain.

OK, kita bagi ***zoom*** sikit!

Kek bertatahkan 5 ribu kristal swarovski.

Image via Instagram @neelofa

Harga kek butter berperisa salted caramel cream ini diketahui setelah Neelofa memuatnaik gambar kek tersebut dengan hashtag #kenyangtigaharimakankekenamribu

@butterflykek Thanks to all my friends for the swarovski cake #kenyangtigaharimakankekenamribu

A photo posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

**Putri Samihah Mohsin, 29**, pembuat kek berkenaan memberitahu bahawa kek bernilai **RM6 ribu** itu ditempah oleh rakan-rakan Neelofa yang mahukan hiasan kristal dan bunga. Bagi menghasilkan kek secantik ini bukanlah perkara yang mudah kerana dia mengambil masa selama **20 jam** untuk menyiapkannya.

Dalam satu post Neelofa di Instagram, dia memberitahu bahawa dia seakan tidak sanggup memotong kek berkenaan

Never knew that cutting a birthday cake would be this sad! Thank you again @butterflykek for the swarovski cake

A video posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Macam mana pula dengan hashtag #rasamcmnakkawinplease? Neelofa ni suka betul buat orang curious!

Neelofa nak kahwin dah ke?

Dalam pada itu, dengar-dengar kek kahwin tajaan perkahwinan Shaheizy Sam dan pasangan pun tidak kurang hebat harganya.

Dikhabarkan kek 8 tingkat ini bernilai **RM18 ribu.** Lagi *power*!

Hebat betul artis-artis Malaysia ni kan?

Image via

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta *follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda pernah dengar #KekBiniRonaldo? Klik SINI:

Kek pun boleh dibuat dengan menggunakan periuk nasi. Nak tahu bagaimana? Baca SINI:

Ini pula 7 pereka kek kahwin moden pilihan kami. Kenali mereka di SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: