Payudara, Transgender Dan Lagi Isu Panas Dalam Video “Terlajak Lucah” D’Herbs
Terlajak laris dah tukar terlajak lucah ke ni?
Cover image via MuahSetapak.com/FacebookMacam tak percaya iklan sebegini wujud di Malaysia. Sungguh lucah, erotik, dan penuh dengan adegan yang tak sesuai untuk tontonan awam. Anda dah tengok video terlajak lucah ini?
Kenapa perlu ada elemen lucah dalam iklan?
**P/S: Sila tonton video untuk fahamkan keseluruhan kandungan artikel.**
Beginilah reaksi kami selepas menonton video di atas. Tak sangka betul.
Rata-rata orang ramai tidak boleh menerima iklan ini yang langsung tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat. Cemuhan demi cemuhan dilemparkan oleh netizen sejurus video tersebut menjadi viral.
Image via MuahSetapak.com/Facebook
Tak semena-mena, jenama D'herbs dan imej pengasasnya, Dato Aliff Syukri menerima persepsi negatif dan dikritik hebat
Image via MuahSetapak.com/Facebook
Meskipun begitu, terdapat ramai pihak yang tidak percaya bahawa video ini dihasilkan oleh krew produksi D'Herbs sendiri. Ada yang mendakwa mungkin ia dihasilkan dengan niat mahu menjatuhkan maruah Dato Aliff.
Image via MuahSetapak.com/Facebook
Mana satu yang betul ni?
Rupa-rupanya, video tersebut merupakan hasil dari salah seorang peserta dalam peraduan video parodi D'Herbs.
Walaupun langsung tidak terlibat, Dato Aliff Syukri memohon maaf dan meminta agar peserta lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.
Turut menjadi bualan hangat adalah watak si isteri yang dilihat terlalu asyik menayangkan aset payudara sambil menari ghairah. Adakah dia seorang transgender atau bapok atau pondan?
Image via MuahSetapak.com/Facebook
Image via MuahSetapak.com/Facebook
Bukan juga. Dia adalah seorang wanita tulen yang merupakan anak kepada pelakon wanita veteran, Normah Damanhuri. Dia sememangnya bukanlah seorang transgender seperti yang digembar-gemburkan.
Image via MuahSetapak.com/Facebook
Sejauh mana dakwaan ini benar? Anda boleh layari sendiri laman Instagram Normah Damanhuri dan Liana Rosli untuk dapatkan info lebih lanjut.
Image via Instagram @liana_rosli
Image via Instagram @liana_rosli
Image via Instagram @liana_rosli
Cuma yang menjadi persoalan BESAR di sini: Macam mana lokasi rakaman video lucah ini boleh SAMA dengan satu video Dato Aliff Syukri sebelum ini?
Image via MuahSetapak.com/Facebook
Adegan dipetik dari video 'Dherbs Terlajak Laris – Seleksi Set Mekup.'
Image via D'Herbs Terlajak Laris/YouTube
Anda boleh lihat sendiri. Kedua-dua video menggunakan lokasi rakaman yang sama. Adakah ini satu kebetulan?

