Neelofa Papar Sisi Kehidupan Sebenar Dalam #FollowLofa, Siri Realiti Web Terbaru

Peminat Neelofa mesti dah tak sabar nak tengok.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram @neelofa
Logo

Laman online gaya hidup Malaysia, hurr.tv melancarkan 'ShowReal', siri realiti web terbaru yang memaparkan sisi kehidupan selebriti terkenal tanah air

Portal strim video **[hurr.tv](http://hurr.tv/programs/followlofa/)** telah melancarkan 'ShowReal' pada minggu lepas dan selebriti pertama yang dipaparkan dalam siri ini adalah tidak lain tidak bukan, **Neelofa** yang diberi judul **#FollowLofa**.

Image via hurr.tv

Aktres, usahawan, pengacara TV, dan penerima pelbagai anugerah yang berasal dari Kelantan, **Neelofa** adalah lambang kepada wanita Muslim muda moden yang diidolakan ramai peminat.

Neelofa yang merupakan pemilik bersama Naelofar Hijab, Naelofar Casual, dan pengasas Lofalens mengumpul seramai lebih 4.6 juta pengikut di [Instagram](https://www.instagram.com/neelofa/), 1.3 juta pengikut di [Facebook](https://www.facebook.com/neelofa/) dan 1.8 juta pengikut di [Twitter](https://twitter.com/Neelofa?ref_src=twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Eauthor).

Selain itu, Neelofa juga menerbit dan mengacara rancangan motivasinya di Neelofa TV dengan perancangan terkini untuk menjadikannya sebagai sebuah program bual bicara.

Sebagai seorang wanita muda moden yang berjaya, Neelofa menjadi contoh dan inspirasi kepada anak-anak muda supaya gigih untuk mengejar impian

Sama ada menjadi usahawan berjaya atau mengukir nama di dalam dunia hiburan, Neelofa telah melakukan kedua-duanya dalam masa serentak pada usia yang begitu muda.

Pengarah Siaran hurr.tv, **Elaine Daly** yang mengulas mengenai rancangan tersebut berkata 'ShowReal' adalah sebuah siri realiti web yang disediakan untuk peminat yang ingin mendapatkan pendedahan ekslusif mengenai personaliti yang hidup di kaca mata umum.

Menerusi #FollowLofa, inilah peluang untuk melihat diri Neelofa yang sebenar

Ini adalah julung kalinya Neelofa muncul dalam sebuah rancangan realiti yang memaparkan sisi kehidupan dan personaliti beliau yang sebenar.

Melalui enam episod web, penonton boleh **[#FollowLofa](http://hurr.tv/programs/followlofa/)** untuk ketahui lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi Neelofa bersama keluarga dan rakan-rakan, kariernya dalam industri hiburan, dan usaha membangunkan jenama beliau tersendiri.

Lebih menarik, episod pertama akan mengikuti sesi ramah mesra peminat #LoFattah yang turut menampilkan hero pelakon 'Suri Hati Mr. Pilot', Fattah Amin

Adakah peminat akhirnya akan mendapat penjelasan teka teki hubungan Neelofa bersama Fattah?

Episod berikutnya akan membawa peminat ke pelbagai aktiviti harian Neelofa termasuk tinjauan ke set 'Meletop' yang dihoskan Neelofa, pelancaran koleksi Naelofar Hijab 'Lady Lofa', gaya Neelofa pada sesi peragaan, di sebalik tabir 'Anugerah Meletop', Neelofa di set iklan serta persediaan Neelofa dan ahli keluarga menjelang perkahwinan adiknya.

#LoFattah

Image via Instagram @neelofa

Sebagai kolaborasi bersama bagi siri #FollowLofa, Fashion Valet akan menggayakan Neelofa dalam setiap episod

Lagi *best*, kod diskaun RM50 akan muncul secara rawak dalam setiap episod yang membolehkan penonton mendapatkan koleksi sama yang dipakai Neelofa dengan pautan yang akan membawa penonton ke laman web Fashion Valet.

Selain itu, terdapat juga satu pertandingan mingguan di mana tiga helai pakaian yang dipaparkan dalam episod **[#FollowLofa](http://hurr.tv/programs/followlofa/)** akan diberikan kepada pemenang setiap minggu.

Pemilik Fashion Valet, Vivy Yusof (kiri) bersama Neelofa.

Image via Instagram @vivyyusof

Episod web pertama #FollowLofa akan ditayangkan di hurr.tv pada Rabu, 26 April 2017 jam 6 petang

Episod web seterusnya boleh ditonton di hari yang sama pada waktu yang sama setiap minggu.

Maklumat lanjut sila layari **[hurr.tv](http://hurr.tv/programs/followlofa/)**.

Image via hurr.tv

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: