3 Situasi Yang Menyebabkan Ramai Orang Kutuk Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen
Walaupun ramai yang teruja dengan perkahwinan mereka tidak lama lagi, ramai juga yang berasa kurang senang dengan kelakuan mereka.
Cover image via Instagram Hanis ZalikhaSeperti sedia maklum, pasangan merpati dua sejoli, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen akan menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Perkahwinan mereka ini ternyata dinanti-nantikan oleh ramai peminat.
Image via Instagram Hanis Zalikha
Meskipun begitu, mereka berdua sering dihimpit pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini.
Pertama sekali apabila Hairul membuat kejutan dengan secara tiba-tiba melamar Hanis di pentas Gegar Vaganza yang ketika itu sedang bersiaran secara langsung Januari lalu
Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha secara umum pada program Gegar Vaganza.
Image via www.ammboi.com
Image via Facebook Oh! Media
Selepas itu, pasangan ini dikatakan terbang ke Dubai untuk membeli cincin perkahwinan, ke Paris untuk sesi fotografi pre-wedding dan untuk membeli barang hantaran, kemudian ke Jakarta untuk menempah baju perkahwinan
Image via beautifulnara.com
Image via Facebook ERA fm
Dan yang terbaru, Hanis dan Hairul menganjurkan peraduan 'Beli & Menang' iaitu dengan membeli produk kecantikan Toujours Advanced Collagen, anda berpeluang untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka
Gara-gara peraduan berkenaan, pasangan ini teruk menerima kritikan dan tohmahan daripada orang ramai di laman sosial. Masing-masing menganggap pasangan ini terlalu terikut-ikut dengan budaya barat.
Image via Facebook ROTIKAYA
Image via Facebook ROTIKAYA
Disebabkan itu juga, ramai yang bertindak memuji tindakan pelakon Yana Samsudin yang sebelum ini mengajak seluruh peminatnya untuk hadir ke majlis perkahwinannya bersama Fadzil Zahari tanpa pilih kasih
Image via Facebook ROTIKAYA
Selain Yana, penyanyi Ziana Zain turut terkena tempias pujian peminat
Image via Facebook ROTIKAYA
Apa pula komen anda?
Apa-apa pun, kami di SAYS mendoakan semoga segala persiapan pasangan ini dipermudahkan Tuhan dan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan mereka kelak
Image via Instagram Hairul Azreen


