“Hang Tu Penasyid. Apa Kebaikannya Hang Buat Lagu tu?” – #GemaGegarVaganza

"Lagi saya tambah 'hangin' tengok penyanyi nasyid lelaki selamba menyakat hos perempuan. Lagi-lagi saya jadi nak marah bila si penyanyi nasyid lelaki ber-'chia chia chia' di atas pentas." – Syahr Musafir

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Kalau sebelum ini, Gegar Vaganza sering menjadi rancangan hiburan pilihan penonton di kaca TV, kini Astro menerbitkan satu lagi rancangan hiburan berbentuk islamik iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV)

Berbeza dengan Gegar Vaganza yang menampilkan artis-artis lama yang pernah terkenal satu ketika dulu, Gema Gegar Vaganza pula menampilkan kumpulan-kumpulan nasyid dan penyanyi solo yang membawa genre ketuhanan yang bukan lagi asing dalam industri muzik tanah air.

Seramai 10 peserta termasuk kumpulan menyertai program realiti terbaru tersebut seperti Hijjaz, UNIC, Hafiz Hamidun, Bienda dan ramai lagi.

Image via Soofi/Twitter

Bertemakan 'Hit Terindah', 10 bintang GGV menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka pada konsert pertama yang berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, malam Sabtu lalu

Kumpulan Hijjaz yang menyampaikan lagu Sumayyah dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Terindah kategori kenangan terpahat atas persembahan mereka yang memukau.

Para juri turut menitiskan air mata sewaktu Hijjaz mendendangkan lagu tersebut. Dalam pada itu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan setiap minggu.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Syahr Musafir merasakan rancangan tersebut hanyalah hiburan semata-mata dan penuh dengan hedonisme

**Baca kenyataan penuh beliau di bawah:**

Image via UNIC/Twitter

Katanya lagi, barisan pengacara pun nampak over untuk tampak hebat, ada sampai seperti terpekik-pekik hingga membuatkan rancangan itu kelihatan seperti rancangan hiburan semata-mata

Image via MUNIRAH/Twitter

Apa-apa pun, bagi kami persembahan Hijjaz pada malam tersebut betul-betul 'sampai' dan menyentuh kalbu. Saksikan video persembahan mereka di bawah:

Hijjaz – Sumayyah

Terubat rindu bila dapat dengar lagu Sumayyah dari the legend Hijjaz selepas sekian lama industri nashid Malaysia sepi.

LIKE + KOMEN + SHARE #GemaGegarVaganza

Posted by Gema Gegar Vaganza on Saturday, 8 April 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: