Ejen Ali: Satu Lagi Animasi Tempatan Bertaraf Dunia Dengan Kualiti Yang Sangat ‘Superb’!
Baru tengok 'trailer' dah terpikat, belum tengok siri penuh lagi. Memang mantap!
Cover image via thewaufactor/YouTubeSelepas kejayaan siri Upin & Ipin dan Boboiboy yang sangat memberangsangkan, kita akhirnya sedar bahawa produk animasi tempatan sememangnya wajar diberi perhatian yang serius
Image via www.getjar.com
Image via boboiboy.wikia.com
Setelah beberapa tahun, dua animasi ini nampaknya semakin lama semakin diminati ramai apabila jumlah pengikutnya terus menerus meningkat. Ia bukan saja digemari oleh kanak-kanak malah turut ditonton oleh golongan dewasa dari pelbagai peringkat umur.
Ramai juga menganggap kedua-dua siri animasi ini layak diberi pendedahan pada peringkat global kerana kualitinya dianggap setanding dengan animasi dari negara barat.
Syarikat **Les Copaque** dan **Animonsta** yang masing-masing telah menerbitkan animasi popular **Upin & Ipin** dan **Boboiboy** telah berjaya mendapat pengiktirafan dari negara luar termasuk Indonesia, Singapura, dan Brunei.
Dan kini, negara kita bakal mengeluarkan satu lagi produk animasi bertaraf dunia yang diberi nama Ejen Ali pada 2016
Image via thewaufactor/YouTube
Animasi **Ejen Ali** yang dihasilkan oleh **[Wau Animation Sdn Bhd](http://www.wau.my/main/)** dan dibawakan oleh **[Primeworks Studios](http://www.primeworks.com.my/)** ini dilihat sebagai satu lagi inisiatif rakyat Malaysia dalam membawakan mutu animasi ke satu tahap yang lebih tinggi.
Sedikit sebanyak mengenai Ejen Ali di bawah:
Ali merupakan seorang pelajar sekolah biasa, sama juga seperti kanak-kanak lain. Dia mempunyai "seorang" sidekick atau pembantu iaitu seekor kucing berwarna putih yang diberi nama Comot.
Image via thewaufactor/YouTube
Tetapi di luar waktu persekolahan, Ali adalah seorang ejen yang mempunyai misi untuk menangkis serangan penceroboh. Imej "budak sekolah" terus bertukar menjadi seorang ejen yang sangat cool.
Image via thewaufactor/YouTube
Dalam mod menyelamat, Comot turut transform menjadi seekor kucing hitam putih dengan kedua-kedua matanya berwarna hijau dan biru
Dan yang paling unik, senjata yang Ali gunakan ialah lastik. Alat permainan tradisional yang diberi sentuhan moden ini memang lain dari yang lain!
Cakap banyak pun tak guna kan? Nah, saksikan video penuh DI SINI:
Amacam? Ok ke tak? Video ini yang telah viral sejak beberapa hari lalu mendapat pujian demi pujian daripada orang ramai.
Image via Siakap Keli/Facebook
Siapakah Wau Animation?
Image via www.wau.my
Ejen Ali dikatakan bakal ditayangkan di TV3 pada 1 Januari 2016 dengan mensasarkan penonton berusia antara tujuh hingga 14 tahun
Maklumat lanjut boleh layari:
YouTube [thewaufactor](https://www.youtube.com/channel/UCjI0MaRujaTsNh_iWfPYl5A)
Instagram [Ejen Ali](https://www.instagram.com/ejen_ali/)
Facebook [Ejen Ali](https://www.facebook.com/ejenali/)
Laman web [www.wau.my](http://www.wau.my/main/)
Facebook [Wau Animation Sdn Bhd](https://www.facebook.com/thewaufactor/photos_stream)
Image via thewaufactor/YouTube

