Datuk Siti Nurhaliza Tunaikan Hasrat Anak Mangsa Nahas DUKE Untuk Bertemu Dengannya
"InsyaaAllah…pasti bertemu" kata Datuk Siti Nurhaliza. Saksikan gambar dan video pertemuan antara Datuk Siti Nurhaliza dan Nur Fizura Amira di sini.
Cover image via thestar.com.myPasti ramai yang sedia maklum tentang kejadian nahas jalanraya, Sabtu lalu di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia tujuh bulan
Image via Astro Awani
Pelbagai gambar dan video yang memaparkan kesedihan Nur Firuza Amira, 7, dan adiknya Nur Firuza Aqila, 4, telah tersebar dan menjadi viral di laman sosial
Image via rakyatnews.my
Salah satu video yang menjadi viral memaparkan Nur Firuza Amira meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza
Setelah mengetahui tentang video tersebut, Datuk Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk melawat adik-beradik itu di kediaman keluarga mereka
Image via bernama.com
Datuk Siti turut berkongsi rasa pilu dan tersentuh apabila bertemu Amira dan Aqila, namun beliau menyembunyikan perasaannya
Selepas video Nur Amira berhasrat bertemu Datuk Siti menjadi viral, terdapat beberapa spekulasi dibuat di laman sosial yang menyatakan bahawa Datuk Siti ingin mengambil Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila sebagai anak angkat
Image via blog-kamikaze.blogspot.com
Walau bagaimanapun, Datuk Siti menafikan laporan yang dibuat oleh sesetengah pihak itu
Selain daripada Datuk Siti Nurhaliza, beberapa artis tempatan seperti Beto Kusyairi dan Zizan Razak turut menziarahi dua beradik itu
Image via SAYS.com
Laporan penuh tentang kejadian nahas Lebuhraya DUKE boleh dibaca DI SINI:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
MOST READ

